PENYANYI dan komposer, Harry Khalifah mendedahkan kumpulan Khalifah kini direhatkan susulan tiada vokalis yang tepat untuk digantikan. Harry atau lebih dikenali sebagai Apak, 46, turut mempertimbangkan untuk memulangkan semula jenama kumpulan berkenaan kepada bekas vokalisnya, Yabang bagi menghormati hak asal penggunaan nama Khalifah yang dicetuskan oleh penyanyi tersebut. Menurut Apak, walaupun berat untuk melepaskan Khalifah, namun dia berasa tidak wajar untuk meneruskan kumpulan itu tanpa individu yang paling layak menggunakan nama berkenaan.Apak tubuhkan kumpulan baharu bernama K'APAK.“Hanya dia (Yabang) yang layak menggunakan nama Khalifah. Berat untuk saya melepaskan Khalifah, tetapi itu bukan nama yang saya cipta.“Itu nama daripada Yabang. Sepatutnya dia tidak keluar dari situ, biarlah saya yang keluar.“Bila difikirkan secara mendalam, memang bukan hak saya untuk meneruskan Khalifah ini. Hak itu sebenarnya milik orang lain,” katanya.Apak berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Yabang umum keluar Khalifah, Apak terkejut tiada sebarang perbincanganARTIKEL BERKAITAN: Sedih isteri Harry Khalifah tiba-tiba ‘madu’ muncul buat pengakuan... “Kalau tak bincang dulu habislah saya”Dalam pada itu, Apak mengumumkan penubuhan sebuah band baharu dikenali sebagai K’Apak, singkatan kepada Kumpulan Apak sebagai langkah memulakan semula perjalanan seninya.Katanya, dia bersedia bermula daripada bawah seperti membina nama Khalifah suatu ketika dahulu sehingga berjaya mencetuskan fenomena dalam industri muzik tempatan.“Saya akan fokus kepada projek baharu dan nama baharu iaitu K’APAK. Buat masa ini, Khalifah akan direhatkan dahulu kerana tiada penyanyi yang sesuai.“Kita bermula daripada bawah semula. Kita cuba perlahan-lahan. Harap anda semua dapat menyokong K’Apak dan semoga ia terus mekar dalam industri muzik tanah air,” ujarnya.Nama kumpulan Khalifah diberi sendiri oleh Yabang.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tetap memberikan sokongan dan mendoakan agar Apak terus berjaya dalam perjalanan baharunya.“Insya-Allah ada rezeki lain untuk Apak. Setiap yang berlaku mesti ada sebab, fikirkan yang positif sahaja.“Alamak, Apak dah sinonim dengan Khalifah, tapi tidak mengapa, nama lain pun ramai akan sokong.“Lagu-lagu sentuhan Apak memang hebat, cuma lagu Baby Shima sahaja spoil,” tulis netizen.Sebelum ini, isu kedudukan kumpulan Khalifah menjadi bualan peminat selepas ketiadaan Yabang apabila ramai beranggapan identiti band tersebut terlalu sinonim dengan penyanyi berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube