PELAKON Indonesia, Tika Bravani mendedahkan pernah melalui pengalaman pahit apabila menjadi mangsa buli sewaktu menuntut di bangku sekolah menengah.Tika, 36, berkata pengalaman itu berlaku selepas dia pulang ke Indonesia setelah menetap selama tiga tahun di Australia kerana mengikuti bapanya yang melanjutkan pengajian di negara berkenaan. Kata Tika, perbezaan budaya, penampilan diri serta kekangan bahasa menjadi punca dia dipulaukan rakan-rakan sekolah sehingga memberi kesan kepada kesihatan mentalnya ketika itu."Saya pernah dibuli ketika bersekolah menengah. Pada waktu itu saya baru pindah dari Australia dan pada waktu itu rambut saya berwarna merah. Tika sebelum ini pernah menetap di Australia."Bahasa Indonesia saya juga tidak begitu lancar, padahal saya menggunakan bahasa Inggeris biasa-biasa saja. Cuma budaya buli seperti mengata dan dipulau rakan sekolah memang boleh menggangu mental. "Saya rasa seperti tidak diterima. Saya tidak mempunyai kawan-kawan di sekolah," katanya kepada mStar. Bagaimanapun, aktres berkenaan menyifatkan pengalaman buli yang dilaluinya masih berada pada tahap ringan jika dibandingkan dengan kes buli yang berlaku dalam kalangan pelajar masa kini."Apa yang saya lalui ini hanyalah paling ringan saja kalau nak dibandingkan dengan situasi kes buli sekarang yang lebih serius. ARTIKEL BERKAITAN: Kurang yakin berbahasa Inggeris, IU pernah tolak tawaran kerjasama artis antarabangsa ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid kena buli siber sejak awal jadi artis, nasihat cari bantuan profesional jika tertekan"Tapi saya yakin ramai anak-anak (pelajar) yang dilayan seperti itu di sekolah. Mungkin kerana perbezaan agama atau mereka tidak mempunyai apa yang orang lain miliki seperti kasih sayang dan perhatian keluarga. "Disebabkan itu boleh menjadi punca buli di sekolah," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Tika kini membintangi filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel yang mengangkat kisah benar kes seorang anak muda, David Ozora teruk dibelasah sehingga mengalami koma dalam tempoh yang agak lama.Mengulas penglibatannya dalam filem tersebut, Tika berkata dia mengikuti rapat kes berkenaan sejak awal dan sebagai seorang ibu, kisah itu memberi kesan emosi yang mendalam terhadap dirinya."Saya memang mengikuti kes ini sejak awal, sebagai ibu saya turut merasakan kesakitan itu. Anak yang dibesarkan oleh ibu bapanya dengan mudah dianiaya seperti tidak ada harga. Tika membintangi filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel."Saya sebenarnya takut untuk berlakon dalam filem ini kerana naskhah Anggy (pengarah) sebelum ini sering melibatkan pihak berkuasa jadi saya tidak mahu berdepan dengan urusan undang-undang di kemudian hari. "Namun bila difikirkan semula filem ini penting untuk dijayakan kerana saya akan rasa bangga dapat menyumbang kesedaran terhadap isu gejala buli ini," katanya. Selain Tika, filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel turut dibintangi barisan pelakon seperti Chicco Jerikho, Annisa Kaila, Muzzakki Ramdhan, Erdin Werdrayana dan Rizky Hanggono. Filem tersebut bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 22 Januari ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube