suria

“Afwa tolong tutup wifi ibu” - Jawapan Siti Nurhaliza balas komen buat peminat terhibur, semakin aktif lepas tamat konsert

Siti menghiburkan 65,000 penonton di Konsert Legacy 30: Passion, Sincere and Love.

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dilihat semakin aktif membalas komen pengikut di aplikasi Threads, selepas kejayaan Konsert Legacy 30: Passion, Sincere and Love yang mendapat sambutan hangat pada Sabtu lalu. 

Jawapan komen serta hantaran Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, yang dilihat lebih santai dan bersahaja di platform berkenaan membuatkan ramai peminat terhibur. 

Malah ada yang terkejut apabila komen mereka dibalas secara spontan oleh penyanyi berkenaan.

Tindakan Siti membalas komen di Threads menarik perhatian ramai.

"Comellah Siti, mesti dia lega konsert dah habis. Saja nak lepaskan stress. Ada yang terus 'unavailable post', terkejut kena sergah dengan Tokti (panggilan Siti)," tulis netizen. 

Tidak kurang juga yang mengusik sikap ceria ibu kepada dua cahaya mata itu, seolah-olah menikmati kehidupan sebagai 'netizen' selepas selesai memikul tanggungjawab besar menjayakan konsert berprestij tersebut.

"Hahaha geramlah tengok Siti jadi netizen di Threads, Afwa (anak Siti) tolong tutup wifi ibu," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa dia buat begitu, apa salah saya pada dia?” - Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Lompat keluar daripada pentas permintaan Siti Nurhaliza, guna teknologi ‘toaster’… “Tidak pilih jalan mudah, keluar zon selesa” - Pengurus

Sebelum ini, Siti jarang dilihat membalas komen dan memberi respons di media social. 

Pun begitu, sejak berakhirnya Konsert Legacy 30: Passion, Sincere and Love, penyanyi berkenaan dilihat semakin rajin berinteraksi dengan netizen selain memberi bayangan akan ada sebuah lagi konsert besar dalam masa terdekat. 

Pada 10 Januari lalu, Siti menghiburkan lebih 65,000 penonton yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menerusi Konsert Legacy 30: Passion, Sincere and Love. 

Melewati usia 47 tahun, kemampuan vocal Siti terbukti masih utuh apabila berjaya membuat persembahana dengan lebih 40 buah lagu dalam tempoh tiga jam. 

Antara lagu yang dipersembahkan termasuk Purnama Merindu, Dialah Di Hati, Kau Kekasihku, Jaga Dia Untukku, Menamakanmu Cinta, Balqis dan Nirmala.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain