suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syed Saddiq utamakan pengurusan kewangan, belanja kahwin berhemah

Syed Saddiq berbelanja kahwin secara berhemah demi masa depan.

TAK mahu membebankan kewangan selepas mendirikan rumah tangga, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui aspek pengurusan kewangan menjadi keutamaan dalam persiapan perkahwinannya bersama Bella Astillah.

Menurut Syed Saddiq, isu kewangan sering dikaitkan sebagai antara punca berlakunya perceraian, justeru dia mahu memastikan perbelanjaan majlis perkahwinan mereka dibuat secara berhemah.

“Saya kongsikan dengan bakal isteri saya, kita buat yang terbaik sebab nak hantar mesej yang baik. Saya adalah orang yang bercakap berdasarkan data, jadi saya pandang perkara ini secara serius.

“Jangan menggadaikan simpanan hanya untuk kemewahan sehari hingga menanggung hutang berdekad-dekad,” katanya.

Syed Saddiq dan Bella Astillah anjur majlis kecil-kecilan.

Syed Saddiq berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Walimatulurus Bella Astillah dan Syed Saddiq yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Mengulas mengenai majlis di ibu negara, Syed Saddiq berkata mereka bersetuju untuk mengadakan acara secara berskala kecil khusus buat rakan-rakan rapat dan peminat.

“Saya minta maaf sekiranya ada yang tak mendapat jemputan secara fizikal. Bukan sebab Bella, tapi saya. Saya yang bertindak sebagai pengawal kewangan.

“Mujur pihak media seperti Astro ada buat liputan secara langsung, jadi mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal boleh menonton di televisyen atau dalam talian.

“Jika tidak dapat hadir di Kuala Lumpur, dijemput datang ke kenduri rakyat di Muar dan Sabah,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dan Syed Saddiq tangguh sidang media kahwin, terkejut berita pemergian Tun Siti Hasmah... “Kalaulah tahu itu pertemuan terakhir kita” 

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah makin berdebar menjelang hari bahagia, persiapan kahwin sudah 70 peratus siap

Sementara itu, Bella memaklumkan majlis di Kuala Lumpur dirancang sebagai acara ramah mesra istimewa yang hanya akan dihadiri kira-kira 200 tetamu.

Katanya, maklumat lanjut mengenai majlis berkenaan akan dikongsikan kemudian.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata penganjuran 'Kenduri Rakyat' di Muar dan Sabah mendapat kerjasama daripada pelbagai jenama korporat yang menyumbang keperluan asas.

Saddiq dan Bella bakal anjur 'Kenduri Rakyat' di Muar dan Kota Kinabalu.

“Kami bekerjasama dengan banyak jenama seperti Jasmine yang menyumbang puluhan ribu kilogram bahan asas seperti beras, santan dan ketupat untuk kenduri rakyat. Nilainya dianggarkan sekurang-kurangnya RM300,000.

“Daripada meminta wang tunai, lebih baik kita ringankan beban orang ramai sambil meraikan hari bahagia ini bersama-sama,” katanya.

Syed Saddiq dan Bella bakal melangsungkan majlis akad nikah pada 10 Oktober ini.

Manakala majlis resepsi di Muar, Johor pula akan berlangsung pada 25 Oktober, dan kenduri di Kota Kinabalu, Sabah dijadualkan pada 31 Oktober.

Artikel Lain