Suspek (kanan) ditahan selepas menghantar mesej tidak senonoh kepada ibu kandungnya. -Foto FB Gun Jompalang
SEORANG lelaki berusia 38 tahun ditahan polis selepas dipercayai menghantar mesej tidak senonoh kepada ibu kandungnya meminta hubungan seks, sehingga menyebabkan wanita itu bimbang akan keselamatannya dan tampil mendapatkan perlindungan pihak berkuasa.Suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 petang pada Rabu di sebuah komuniti berhampiran Terusan Phra Khanong, daerah Suan Luang, Bangkok. Kes tersebut mendapat perhatian ramai selepas kisah dialami wanita berkenaan dikongsikan oleh aktivis sosial terkenal, Guntouch 'Gun Jompalang' Pongpaiboonwet, menerusi laman Facebook miliknya yang mempunyai lebih 10 juta pengikut.Menurut aduan yang dibuat, lelaki itu bukan sahaja menghantar mesej berunsur lucah kepada ibunya, malah turut mendakwa kepada jiran-jiran bahawa wanita tersebut merupakan isterinya.Mangsa memaklumkan dia semakin takut dan tertekan apabila tingkah laku anaknya menjadi semakin tidak menentu dan mengganggu.Lebih mengejutkan, tangkap layar mesej yang dihantar suspek kepada ibunya dimuat naik di Facebook mencetuskan kemarahan orang ramai.Rata-rata netizen meluahkan rasa jijik dan marah terhadap tindakan lelaki itu, selain menzahirkan simpati kepada mangsa yang terpaksa berdepan situasi berkenaan.Wanita itu turut mendakwa anaknya sering mengalami halusinasi, mendengar suara-suara yang tidak wujud serta kerap menunjukkan tingkah laku agresif dan ganas.Selepas ditahan polis, suspek mengaku telah mengambil dadah jenis methamphetamine pada awal pagi hari kejadian.Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar tingkah laku suspek serta tindakan lanjut yang akan diambil terhadapnya. -Agensi