SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan kediamannya gara-gara pergaduhan keluarga.Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut merakam detik menyayat hati itu apabila mangsa dilihat berada di tingkat atas bangunan yang terletak di kawasan Kadodara, luar bandar Surat, India, sebelum berdiri berhampiran pagar teres. Beberapa individu yang menyedari tindakannya dilaporkan berlari ke arah mangsa untuk menyelamatkannya, namun remaja itu dipercayai bertindak terjun sebelum sempat dibantu.Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarga dan penduduk setempat, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.Difahamkan, keluarga mangsa berasal dari Rajasthan dan telah menetap di Surat sejak beberapa tahun lalu atas urusan pekerjaan.Polis Kadodara yang tiba di lokasi kejadian telah memulakan siasatan termasuk mendapatkan rakaman CCTV serta mengambil keterangan saksi dan jiran.Menurut pihak berkuasa, ibu bapa mangsa akan dipanggil bagi membantu siasatan sebaik pulang dari Rajasthan selepas urusan pengebumian selesai. -Agensi