TIGA beradik ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa, manakala ibu mereka pula kritikal selepas disyaki menelan bahan beracun, dalam satu kejadian tragis yang mengejutkan penduduk setempat.Insiden menyayat hati itu berlaku di kediaman mereka di Valsad, Gujarat, India. Mangsa dikenal pasti sebagai pasangan kembar lelaki berusia sembilan bulan, Ayansh dan Riyansh, serta seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Naira.Ibu mereka, Nishaben Halpati, yang ditemui dalam keadaan kritikal kini sedang menerima rawatan di Hospital Awam Valsad.Menurut polis, kejadian dipercayai berpunca daripada konflik rumah tangga yang berlarutan, dipercayai melibatkan syak wasangka terhadap hubungan sulit.Difahamkan, suami Nishaben mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain sebelum berlaku pertengkaran besar antara mereka.Menurutnya, sejurus selepas itu, dia tidur dan keesokannya mendapati ketiga-tiga anaknya sudah tidak bernyawa manakala isterinya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.Dia mendakwa kejadian itu dilakukan oleh isterinya ketika dia sedang tidur, sebelum bertindak mengambil bahan beracun selepas membunuh ketiga-tiga anak mereka.Mayat ketiga-tiga kanak-kanak telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat, manakala siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk analisis bukti forensik di tempat kejadian.Polis turut merekodkan keterangan suami mangsa dan sedang menunggu keadaan isterinya stabil untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kejadian tersebut. -Agensi