suria

Dibandingkan sama seperti Ip Man, pengarah Gayong mula rancang sekuel

Beto Kusyairy dan Nabila Huda berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata.

FILEM Gayong menerima pelbagai reaksi penonton sejak mula ditayangkan pada 8 Mei.

Tidak kurang juga ramai yang membandingkan karya arahan Faisal Ishak ini dengan filem dari Hong Kong berjudul Ip Man.

Berbangga mendapat pujian, kata Faisal sentuhannya ini cukup menarik kerana memaparkan kisah seorang tokoh silat iaitu Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

Faisal gembira karya terima sambutan penonton.

“Walaupun dibandingkan ia satu kerjayaan buat saya kerana penjiwaan dan keperibadian tetap terserlah melalui filem Gayong.

“Secara kebetulan kisah Ip Man itu sezaman dengan kisah Allahyarham Datuk Meor. Situasi juga sama di mana Hong kong dijajah ketika itu.

"Ini tokoh yang penting untuk didokumentasi agar anak muda tidak lupa seni silat yang sepatutnya dibanggkan," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN:‘Gayong’ terima maklum balas positif penonton, kutip RM1 juta selepas dua hari tayangan

ARTIKEL BERKAITAN:Angkat kisah tokoh silat Meor Abdul Rahman, pengarah ada sebab pilih Beto Kusyairy teraju ‘Gayong’

Bukan sekadar respons positif, malah Faisal juga boleh menarik nafas lega apabila Gayong berjaya meraih kutipan RM3 juta dalam tempoh seminggu tayangan. 

Tambahnya lakonan hebat di barisan pelakon juga menjadi faktor jalan cerita filem ini digarap dengan baik. 

"Filem ini memang ingin mengetengahkan abad dan membangkitkan nilai-nilai Melayu. Sebab itu bukan saja cerita mengenai arwah tetapi perjalanan orang kampung dahulu.

Dengan sambutan sebegini nampaknya ia akan menjadi kenyataan.

FAISAL ISHAK

PENGARAH

“Para pelakon tidak menggunakan dialog yang banyak namun apa yang disampaikan sangat mendalam," kongsinya.

Kejayaan dan sambutan baik orang ramai juga telah menyuntik semangat Faisal untuk menghasilkan sekuel filem berkenaan. 

Sebagai seorang pengarah berpengalaman dia cukup tahu untuk pastikan jalan cerita seperti filem ini diteruskan. 

“Akan ada sambungan menjadikan Gayong kedua dan ketiga. Saya akan gunakan formula sama seperti Juvana sebelum ini.

Pelakon membawa watak mereka dengan baik.

"Dengan sambutan sebegini nampaknya ia akan menjadi kenyataan,” luahnya. 

Filem Gayong memaparkan perjalanan hidup Meor atau ADMAR yang mempertahankan maruah bangsa di gelanggang pertandingan sebelum berhijrah ke Singapura dari Taiping, Perak bersama isterinya iaitu Che Som. 

Meor melalui pelbagai cabaran termasuk bertempur dengan penjajah dalam mempertahankan Tanah Air. 

Antara pelakon yang terlibat adalah Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip dan Yayan Ruhian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain