PENYANYI Jelly Roll yang pernah mencecah berat badan sekitar 236 kilogram (kg) mengakui kehidupannya berubah secara drastik selepas mengamalkan gaya hidup sihat.Jelly atau nama sebenarnya Jason Bradley DeFord, 42, berkata perubahan itu bukan sahaja melibatkan fizikal, malah memberi kesan besar terhadap kesihatan dalaman termasuk tahap hormon testosteron serta kehidupan rumah tangganya. Jelas Jelly, disebabkan mempunyai masalah hormon sebelum ini, hubungan intimnya bersama isteri Bunnie Xo, turut terjejas walaupun mereka sudah berkahwin sejak 2016.Jelly dedah hadapi masalah hubungan kelamin sebelum ini. “Tanpa testosteron yang mencukupi, memang sukar. Walaupun isteri saya sangat menarik, saya tetap bergelut dalam hubungan suami isteri.“Kini ia sangat berbeza. Saya rasa seperti remaja semula dan hubungan kami sebagai suami isteri semakin baik,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Song Mino didakwa suka curi tulang, terima layanan istimewa semasa khidmat tentera... Netizen buat laporan minta siasat ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun hidap bipolar, penyanyi lelaki disahkan meninggal duniaJelly turut menegaskan matlamat utamanya bukan sekadar mahu menurunkan berat badan, sebaliknya untuk mencapai tahap kesihatan menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada kesihatan dalaman dan bukan hanya angka pada penimbang.Hasil komitmen terhadap gaya hidup sihat itu, Jelly berjaya merealisasikan impiannya apabila terpilih menghiasi kulit depan majalah Men’s Health, sekali gus membuktikan perubahan gaya hidup mampu mengubah kehidupan seseorang secara menyeluruh.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube