suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Taiwan, wanita India ’bercinta’...masing-masing masih berahsia status hubungan

Cheng Chang Fan didakwa jatuh cinta pandang pertama.

NAMA pelakon dan model Taiwan, Cheng Chang Fan menjadi perhatian ramai selepas dia dipercayai tanpa sengaja terjatuh cinta pada seorang wanita India.

Spekulasi mengenai kisah cinta pasangan itu menjadi perhatian apabila Cheng kerap berkongsi foto dan video kemesraan mereka di Instagram.

Difahamkan, perkenalan Cheng bersama wanita tersebut bermula ketika dia berkunjung ke India pada 2025.

Kemesraan pasangan ini jadi perhatian ramai.

Ketika itu, Cheng berkongsi video memaparkan dirinya menerima sambutan daripada seorang kakitangan hotel menggunakan tradisi India iaitu aarti dan tilak.

Pertemuan tersebut kemudiannya kembali menjadi perhatian apabila Cheng dilihat bertemu semula dengan wanita sama.

Malah, dia turut berkongsi beberapa foto dan video bersama wanita berkenaan menerusi media sosial sebelum salah satu perkongsiannya itu dipadamkan.

Dalam salah satu hantaran, Cheng turut memuji wanita India dengan menyifatkan mereka sebagai individu yang penyayang, kuat dan tidak takut menunjukkan kasih sayang secara terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa gemuk“ - Pelakon Korea stres berat badan belum turun sejak bersalin, puas bersenam

ARTIKEL BERKAITAN: Padah 7 kali buat pembedahan plastik, pelakon malu ‘tersangkut‘ di imigresen China dan Jepun

"Ramai orang kata dia yang bertuah, rupa-rupanya saya yang bertuah," katanya.

Perkongsian itu sekali gus membuatkan netizen mula membuat spekulasi bahawa hubungan mereka bukan sekadar persahabatan.

Bagaimanapun, sehingga kini Cheng dan wanita berkenaan masih belum memberikan pengesahan rasmi mengenai status hubungan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain