suria

Muat naik foto seksi di Instagram, peminat kesal Kendall Jenner tak prihatian nasib mangsa gempa bumi

Hantaran terbaharu Kendall cetuskan kekecohan ramai.

MODEL Kendall Jenner mencetuskan kekecohan apabila tampil dengan foto tidak berpakaian untuk tatapan peminatnya di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Kendall, 27, memuat naik beberapa video yang memaparkan dirinya hanya mengenakan bikini.

Malah dia juga turut melakukan beberapa aksi mengoda di hadapan cermin sambil bermain dengan rambut dan tubuh badannya.

Hantaran terbaharu Kendall cetuskan kekecohan ramai.

Netizen minta Kendall hormati mangsa di Turkiye.

Lebih mengejutkan apabila dia turut berkongsi videonya tidak berpakaian dan hanya menutup payudaranya menggunakan tangan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kagum dengan betuk tubuh model terkenal itu.

Bagaimanapun ada juga yang mengkritik tindakan berani model berkenaan yang tidak menghormati mangsa bencana alam di Turkiye.

ARTIKEL BERKAITAN: Kendall Jenner dan Devin Booker putus lagi selepas 2 bulan kembali bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut 'anniversary' pertama sebagai pasangan kekasih, hubungan Kendall Jenner dan Devin Booker semakin serius

"Bentuk badan idaman, sangat sempura!

"Dia cuba nak dapatkan perhatian ke ini? Cantik tapi kesian tiada maruah.

"Turkiye sedang perlukan bantuan dan awak dengan keluarga buat tak tahu. Lepas itu buat perangai macam ini," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain