suria

Dewi Perssik tayang cincin, terima lamaran juruterbang selepas 6 bulan cerai

Depe bangga tunjuk cincin pemberitan teman lelaki baharu.

SELEPAS bercerai dengan Angga Wijaya pada Ogos tahun lalu, penyanyi dangdut Dewi Perssik kembali bertemu pengganti malah mengaku sudah dilamar oleh lelaki dikenali sebagai Rully.

Dewi atau mesra disapa Depe berkata-kata hatinya betul-betul tertawan kepada Rully yang merupakan seorang juruterbang, apabila lelaki itu berani berjumpa dengan ibunya di rumah baru-baru ini.

Malah tanpa berselindung, Depe menunjukkan cincin yang dipakainya adalah pemberian lelaki tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tamat tempoh edah, Dewi Perssik kini rapat dengan Rian Ibram... tak tolak jika kembali bertemu jodoh

"Saya pakai cincinnya. Saya bukan orang yang suka sembunyikan kisah cinta. Memang ada lelaki yang datang ke rumah dan melamar saya. Saya terima," katanya seperti dipetik laporan Kompas.

Tambah Depe kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini tidak pernah membuatkan dia trauma untuk kembali bergelar isteri meskipun dihimpit dengan pelbagai kontroversi termasuk dakwaan bekas suami menggunakan wang simpanannya.

DEPE 2

Depe tidak pernah serik dengan perkahwinan.

"Dari dahulu lagi saya selalu beritahu rakan-rakan bahawa tidak pernah trauma. Saya tetap menjalani ketentuan yang telah ditetapkan Tuhan. Saya tidak mahu kaitkan kegagalan lalu dengan takdir dan masa depan.

"Dia (Rully) mahu serius dengan saya," jelasnya.

Depe sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali iaitu bersama Saipul Jamil, Aldi Taher dan Angga.

Semua hubungan tersebut berakhir dengan perceraian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain