suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eminem bakal terima menantu, anak perempuan umum sudah bertunang

Hailie mengumumkan pertunangannya bersama Evan.

ANAK perempuan penyanyi rap Eminem iaitu Hailie Jade mengumumkan pertunangannya dengan kekasih, Evan McClintock selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.

Hailie, 27, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya dengan memuat naik gambar lamaran daripada Evan pada 4 Februari 2023.

Pasangan itu dilaporkan mengikat tali pertunangan pada 4 Februari lalu selepas mula menjalinkan hubungan sejak 2016.

eminem2 - 1

Evan dan Hailie sudah bercinta selama tujuh tahun.

"Imbasan hujung minggu yang santai... 4 Februari 2023, saya sayang awak Evan McClinctock," tulisnya.

Hailie dan Evan dilaporkan mula bercinta pada 2016 namun pasangan ini jarang mendedahkan hubungan mereka untuk tatapan umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan Eminem buat Billie Eilish bingung, netizen kata terlalu muda untuk faham muzik hip hop

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan putus dengan Harry Styles, Olivia Wilde kembali rapat dengan bekas tunang

Bagaimanapun pada Julai 2021, Hailie pernah berkongsi foto dengan Evan dan memberitahu dia memang jarang berkongsi gambar teman lelakinya itu di media sosial.

"Saya jarang berkongsi foto bersama di Instagram, tetapi apabila saya melakukannya itu bermakna saya gembira bersama si dia," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain