suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Takut sakit, Jungkook tolak permintaan peminat suruh buang tatu

Setiap lakaran tatu pada tangan Jungkook ada kisah sendiri.

ENGGAN membuang lakaran tatu yang ada pada seluruh bahagian tangannya, penyanyi Jungkook menganggap setiap satu daripadanya ada kisah tersendiri.

Anggota kumpulan BTS menjelaskan perkara tersebut ketika menjawab pertanyaan netizen yang meminta agar dia menutup atau membuang tatu yang terlalu banyak di badan.

Tambah Jungkook lagi, proses membuang tatu juga amat menyakitkan dan kesannya berpanjangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat dedah foto Jungkook bercuti dengan teman wanita di Jeju, pemilik restoran kata itu pekerja restorannya

"Proses membuang tatu sangat menyakitkan. Saya tak suka rasa sakit. Saya juga dapat tahu rasa sakit itu bukan sekejap.

"Saya faham ada sesetengah orang yang membuat keputusan untuk membuang tatu. Tetapi ini adalah yang saya mahukan dan ia akan kekal begitu.

"Kalau saya membuangnya itu bermakna saya menafikan kisah silam diri sendiri. Apa yang berlaku dahulu juga adalah sebahagian daripada hidup saya," katanya.

Antara tatu ada yang sangat bermakna buat Jungkook adalah tulisan Army yang merupakan tanda penghargaan buat peminat BTS.

Bagaimanapun bercakap pada sesi siaran langsung di sosial medianya itu, Jungkook memberitahu ada kemungkinan dia akan membuang tatu pada masa depan jika terdapat sebarang keperluan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain