suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga bulan putus dengan Harry Styles, Olivia Wilde kembali rapat dengan bekas tunang

Hubungan Olivia dan Jason kembali bertaut.

SELEPAS mengumumkan putus cinta pada November tahun lalu, bekas kekasih kepada penyanyi Harry Styles iaitu Olivia Wilde dilihat kembali rapat dengan bekas tunangnya, Jason Sudeikis.

Kedua-dua mereka dilihat berpelukan pada hujung minggu lalu selepas meluangkan masa bersama di sebuah taman di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Meskipun hubungan mereka sudah berakhir sebelum ini, Olivia dan Jason dikatakan masih berkawan baik demi dua orang anak hasil hubungan bersama selama tujuh tahun sebelum itu.

olive

Olive dan Harry berpisah November lalu.

Olivia dan Harry sebelum ini dilaporkan berpisah kerana penyanyi itu mahu memberi fokus kepada konsert jelajah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 tahun bercinta, Harry Styles dan Olivia Wilde putus

Mereka mula rapat ketika Harry terlibat dalam penggambaran filem Don't Worry Darling di mana Olivia bertindak sebagai pengarah.

Sementara itu Olivia dan Jason yang juga merupakan seorang pelakon mempunyai dua orang anak iaitu Otis Alexander dan Daisy Josephine.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia