SELEPAS sekian lama mengunci mulut mengenai dakwaan dia menjadi mangsa seksual mogul rap P. Diddy, penyanyi Justin Bieber akhirnya tampil membuka mulut mengenainya.
Wakil pihak pengurusan Justin menjelaskan penyanyi lagu Baby itu tidak pernah menjadi mangsa penderaan seksual P. Diddy seperti didakwa.
Sebaliknya hubungan kedua-dua selebriti itu hanya sekadar rakan baik.
Diddy terlihat akrab ketika Justin berusia 15 tahun.
Pun begitu, pihaknya bersimpati dengan nasib menimpa mangsa dan berharap keadilan dapat ditegakkan.
"Walaupun Justin bukan mangsa tapi ada individu lain yang disakti olehnya.
"Jangan mengalihkan tumpuan sehingga menjejaskan keadilan yang sepatutnya diterima mangsa," kata wakil itu seperti dilaporkan TMZ.
ARTIKEL BERKAITAN: Tahu berita penahanan P. Diddy tapi Justin Bieber enggan masuk campur, mahu fokus jadi bapa dan suami hebat
ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy diletakkan dalam pengawasan ketat di penjara, ada kecenderungan bunuh diri
Perkara itu kembali menjadi perbahasan netizen susulan perbicaraan kes jenayah pemerdagangan dan keganasan seks membabitkan P. Diddy sedang dibicarakan sejak Isnin lalu.
Sebelum ini, video berdurasi 48 jam tular di media sosial memaparkan Diddy bersama Justin yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah acara.
Video itu tular sebaik sahaja Diddy ditahan atas tuduhan jenayah pemerdagangan dan keganasan seks membabitkan lebih 50 individu pada September tahun lalu.
Hubungan Diddy dan Justin tidak lebih dari sekadar rakan.
Ekoran itu timbul spekulasi mendakwa Justin turut menjadi mangsa seksual P. Diddy selain beberapa selebriti lelaki lain seperti Usher, Meek Mill dan Jaden Smith.
Pada perbicaraan hari pertama kes itu, bekas kekasih P. Diddy iaitu penyanyi Cassie tampil memberi kenyataan mendakwa penyanyi rap itu memaksanya melakukan hubungan seks dengan pelacur lelaki tanpa kerelaannya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!