suria

Kerap puasa 72 jam, Henley Hii kongsi rahsia awet muda

Henley berkongsi rahsia kekal cergas di usia 40 tahun.

DISIPLIN dan gaya hidup sihat merupakan rahsia pelakon Henley Hii mengekalkan kecergasan dan kelihatan muda meskipun usia sudah mencecah 40-an. 

Henley atau Hsu Pi Wen, 40, berkata, rahsia utamanya kekal aktif dan awet muda adalah dengan melakukan rutin puasa secara jangka panjang. 

Menurut Henley, amalam berpuasa bukan sahaja membantu kecergasan, malah menjadikan tubuhnya bersedia untuk menghadapi cabaran beraksi dalam filem Legasi: Bomba The Movie. 

Henley berkongsi cabaran berlakon filem aksi.

"Saya selalu buat intermittent fasting (IF) dan puasa jangka masa panjang selama 72 jam. Saya hanya minum air kosong dan tak makan sepanjang tempoh itu. 

"Kesannya sangat ketara. Untuk kesihatan fizikal pula, saya buat senaman crossfit. Sebelum penggambaran filem ini, saya memang aktif buat crossfit," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Paskal The Movie’ angkat standard filem aksi tempatan

ARTIKEL BERKAITAN: Puasa dan ‘OMAD’ rahsia Azira Shafinaz dapat berat badan ideal

Mengulas lanjut mengenai filem Legasi: Bomba The Movie, Henley turut berkongsi cabaran besar yang dihadapi sepanjang menjalani latihan fizikal termasuk serangan strok haba. 

"Hari pertama saya menyertai sesi latihan terus kena strok haba. Malam itu pihak produksi minta saya rendam kaki sebab rasa sangat panas.

"Baru berlatih 15 peratus daripada latihan sebenar saya dah tak tahan. Disebabkan itu saya sangat respek dengan petugas bomba," luahnya. 

Sebelum penggambaran filem ini, saya memang aktif buat crossfit. Jadi kelebihan saya ada ketahanan fizikal. 

HENLEY HII

PELAKON

Bukan itu sahaja, Henley mengakui latihan paling sukar adalah ketika mengendalikan hos air bomba kerana beratnya mencecah hampir 20 kilogram (kg)

"Saya rasa sesi latihan yang paling susah adalah mengangkat alatan hos itu kerana berat satu gulung hos seberat sekitar 18 hingga 20 kg. 

"Kalau tengok dalam filem kami angkat satu hos, tetapi dalam sesi latihan kami perlu mengangkat dua gulung hos serentak. 

Henley membintangi filem Legasi: Bomba The Movie.

"Nak kena angkat itu dah satu hal selepas itu nak gulung balik lagi penat. Rasa nak patah pinggang," katanya. 

Selain Henley, filem Legasi: Bomba The Movie turut menampilkan barisan pelakon termasuk Ben Amir, Nas-T, Hairie Othman, Fad Anuar, Abbas Mahmood dan Nia Atasha. 

Legasi: The Movie kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain