suria

Lima kali tolak pinangan sepupu, gadis rimas dipaksa kahwin sesama keluarga - “Nanti dapat anak benak, IQ rendah!”

Perkahwinan sepatutnya berlandaskan perasaan suka sama suka dan bukan paksaan. -Gambar hiasan AI

SEORANG gadis meluahkan rasa tertekan apabila berdepan desakan berterusan daripada keluarga yang mahu dia berkahwin dengan sepupunya.

Menurutnya, walaupun telah beberapa kali menolak pinangan tersebut, keluarganya tetap terus memaksa.

Menerusi perkongsian di media sosial, gadis itu berkata dia sudah lima kali menolak lamaran sepupunya sejak dua tahun lalu.

Bukan semua perkahwinan yang diatur keluarga boleh menjamin kebahagian. -Gambar hiasanBukan semua perkahwinan yang diatur keluarga boleh menjamin kebahagian. -Gambar hiasan

“Sejak kecil main sama-sama, dah lima kali dalam tahun ni aku tolak pinangan sepupu dan makcik.

"Tapi famili semua pujuk suruh terima. Ya Allah, semua tak faham ke?” katanya menerusi perkongsian di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buntu jumpa surat ah long dalam rumah, sepupu buat hutang RM4,000! Makin terkejut lepas periksa telefon, ada akaun DS!

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas pinjam beribu duit adik-beradik, bapa pengantin rayu simpati sepupu pula! Jaja cerita famili sendiri tak bantu kenduri kahwin anak

Tambahnya, pada ketika ini dia masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga bukan sahaja dengan sepupu, malah dengan mana-mana lelaki lain juga.

Selain itu, dia juga semakin tidak selesa untuk pulang ke rumah keluarga besar kerana topik perkahwinan dengan sepupunya sering dijadikan bahan usikan ahli keluarga.

  • Gadis luah tertekan dipaksa keluarga kahwin dengan sepupu walau sudah lima kali menolak.
  • Tekanan itu berlarutan dua tahun hingga dia malas pulang ke rumah keluarga besar.
  • Dia akui belum bersedia berkahwin dengan sesiapa buat masa ini.
  • Netizen sokong pendiriannya dan tegaskan perkahwinan mesti atas kerelaan.
  • Ada yang nasihat elak kahwin sepupu kerana risiko genetik pada zuriat.

“Saya harap lama-lama mereka senyap, tapi dah dua tahun macam ni. Kadang malas balik rumah famili besar sebab tak nak dengar pasal ni,” katanya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian warga maya yang menegaskan bahawa perkahwinan sepatutnya dibina atas kerelaan bukan tekanan keluarga.

Reaksi warga maya.Reaksi warga maya

Ada juga yang netizen menasihatkan untuk dia mengelak berkahwin dengan ahli keluarga terdekat kerana dikhuatiri melahirkan generasi yang kurang bijak.

"Jangan! Nanti gen tak berkembang. Dapat anak benak je semuanya, IQ rendah. Benda ni terjadi dalam keluarga kami sendiri.

"Aku paling pantang kalau famili nak jodohkan sesama sepupu. Dah tiada manusia ke kat dunia ni? Sepupu tu dah kira level adik-beradik.

"Kahwin sepupu ni memang boleh tapi tak digalakkan takut ada penyakit genetik," katanya.

Artikel Lain