SEORANG wanita yang juga pesakit kanser payudara tahap dua meluahkan rasa kecewa apabila suaminya didakwa ketagih menonton bahan lucah.
Menurutnya, dia menghidap penyakit tersebut sejak sebelum berkahwin, namun bersyukur kerana suaminya tetap sudi menerimanya sebagai isteri.
Namun, sikap suaminya itu menyebabkan dia tertekan walaupun lelaki tersebut berjanji untuk berubah.
Pertengkaran suami isteri yang berlarutan dalam tempoh yang lama boleh merosakkan hubungan. -Gambar hiasan AI
“Suami saya memang baik, nafkah makan pakai tak pernah culas. Tapi saya kecewa sebab dia suka tengok benda tak elok dalam bilik air.
"Pernah saya skodeng dan akhirnya kantoi dia tengah tengok video lucah sambil beronani,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Benci ‘sejarah’ dengan bekas isteri, bapa tergamak panggil zuriat sendiri anak haram! Nak bagi nafkah RM50 sebulan
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak mahu salam suami, merajuk dipanggil ‘babi’ gara-gara tak kejut bangun tidur - “Mana boleh pegang, haram”
Tambah pengadu selepas insiden itu mereka sempat berbincang secara terbuka bagi mencari punca sebenar.
"Adakah dia tak puas dengan saya sebab dah operation breast? Padahal saya tak pernah tolak apabila dia nak bersama.
"Saya tanya kalau dia tak puas tapi dia kata bukan sebab tu, cuma dah jadi habit dan sebab suka-suka,” ujarnya.
- Wanita pesakit kanser kecewa suami ketagih bahan lucah dan judi.
- Suami tetap menerimanya walaupun dia menghidap kanser sejak bertunang.
- Dia pernah memergoki suami menonton video lucah di bilik air.
- Suami mengaku bermain judi tetapi tidak guna hasilnya untuk keluarga.
- Wanita itu tetap tabah dan menerima nasihat netizen agar terus kuat.
Ujar wanita itu lagi, hatinya makin terluka apabila suaminya kantoi bermain judi pula, walaupun pernah menyesal dan berjanji untuk berubah.
“Katanya bukan selalu, cuma bila terdesak saja. Tapi saya risau lama-lama jadi tabiat.
"Setakat ini dia tak pernah lagi bagi saya makan guna duit hasil mesin judi," katanya yang memaklumkan si suami tidak gagal dalam memberi nafkah.
Reaksi warga maya
Perkongsian wanita itu di media sosial menarik perhatian ramai dan dia sendiri berlapang dada serta menerima teguran juga nasihat yang diberikan.
Rata-ratanya berharap wanita itu kekal kuat dan tabah dalam menasihati suaminya.
"Awak dah tegur tapi dia buat lagi. Awak dah lepas tanggungjawab. Banyakkan doa. Lama-lama nanti dia berubahlah.
"Setiap orang ada ujian masing-masing. Untungnya dia tak culas nafkah dan boleh terima puan seadanya," katanya.


