APABILA tibanya musim buah mempelam Harumanis, golongan pekebun dan peniaga pasti tak menang tangan melayan permintaan pelanggan.
Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Zaza Walker mendakwa mengalami kerugian selepas mangga Harumanis di kebunnya di Bukit Jernih, Perlis dilarikan pencuri.
"Benda sedihnya berlaku lagi kecurian dekat dalam kebun kami. Selepas ni kami rancang buat laporan polis.
"Total lost (jumlah kerugian) dalam 30 ke 40 kilogram (kg) juga. Doakan kami, moga si pelaku diberikan hukuman setimpal.
"Orang macam ni sedangkan Allah pun tak takut, apatah lagi manusia," ujarnya.
Dua bahan bukti yang ditinggalkan pencuri.
Menurut Zaza, dia terpaksa membayar semula wang kepada pelanggannya yang sudah membuat tempahan gara-gara stok buah tidak mencukupi akibat kecurian itu.
Berdasarkan semakan yang dibuat, harga bagi sekilogram Harumanis antara RM30 ke RM40, mengikut gred.
Tambahnya lagi, pencuri turut mengambil buah Harumanis yang belum matang sepenuhnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Musim harumanis dah tiba, peguam muda bijak buat duit tepi... Buka but kereta jual mangga Perlis di Bukit Jelutong
Dalam hantaran sama, Zaza mendedahkan pelaku juga meninggalkan dua bahan bukti di kebunnya.
"Kali ni pencuri tu meninggalkan jejak. Jejak pertama kami jumpa dia tinggal kasut but. Kami tak sentuh lagi, takut dia tinggal kesan cap jari.
"Ni antara bahan yang ditinggalkan juga. Ada baju. Mungkin masa mencuri dia rasa bahang neraka. Kami tak sentuh juga," ujarnya lagi.
Zaza berkongsi kisah itu pada Rabu lalu.