suria

Pempengaruh terhantar foto bogel kepada gadis bawah umur! Lupa ‘crop’, niat asal nak bagi dekat GF

Tangkap layar perbualan antara mangsa dan pempengaruh tersebut.

PENYANYI dan aktivis kemanusiaan, Caprice membuat satu pendedahan mengenai seorang pempengaruh terkenal di TikTok yang didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap seorang gadis bawah umur.

Menerusi tangkap layar perbualan yang dimuat naik di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 37, memaparkan mesej daripada ibu mangsa yang mendakwa anaknya menerima gambar tidak senonoh daripada pempengaruh berkenaan.

"Salam, saya I*ja, mak kepada I*h*. Anak yang dah terkena dengan C** B**u ni. Dia hantar gambar yang tak sepatutnya," tulis wanita berkenaan dalam mesej yang dihantar kepada Caprice.

Dalam perbualan bersama mangsa berusia 14 tahun itu, pempengaruh tersebut menghantar gambar parut luka di bahagian pinggang bagi menunjukkan ia semakin sembuh. 

Namun, gambar itu turut memaparkan bahagian kemaluan.

Perkenalan mereka berdua bermula apabila mangsa menghantar mesej mengajak lelaki itu membuat ‘content’ TikTok bersama.

Pempengaruh itu kemudian bertanya lokasi mangsa dan meminta nombor telefonnya atas alasan mahu memudahkan komunikasi antara mereka berdua.

Selepas kegiatannya ‘kantoi’ dia didakwa menghantar mesej merayu supaya perkara ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Caprice turut berkongsi mesej rayuan dipercayai daripada pempengaruh terbabit kepada ibu mangsa, memberikan penjelasan berhubung tindakannya.

“Saya merayu sangat kak untuk berjumpa dengan akak. Saya silap kak. Gambar tu sepatutnya saya crop (potong) tapi saya terlepas pandang.

"Gambar tu saya dah ambil siap-siap untuk hantar dekat girlfriend (kekasih) saya. Tapi kesilapan saya waktu tu hantar dekat anak akak, saya tak crop

"Sebab masa tu saya tengah kalut nak shoot video campsite. Kak tolong saya merayu sangat. Kalau sabit kesalahan, 10 tahun saya ke dalam (penjara)," jelasnya dalam mesej.

Menurut pempengaruh itu, tindakan lanjut terhadapnya akan membuatkan keluarganya turut terkesan sekiranya dia dipenjarakan.

"Segala yang saya usahakan selama ni semuanya akan hilang. Maafkan saya kak. Saya masih ada orang tua lagi untuk bagi nafkah. Kalau saya ke dalam (penjara) macam mana dengan mereka. 

"Famili saya pun akan terpalit sekali. Kalau kak nak saya sujud pun saya sanggup kak,” tambahnya lagi dalam mesej yang tular.

Tindakan Caprice mendedahkan perkara ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen selepas perkongsian itu tular.

Rata-rata menyokong usaha Caprice membela nasib mangsa dan mendesak agar pihak berwajib segera campur tangan.

"Zaman sekarang takut nak lepas telefon dekat anak-anak. Ada anak-anak sekarang letak level influencer ni tinggi sangat. Ada anggap sebagai idola mereka.

"Mungkin kandungan C** B**u selama ni lawak-lawak tapi sampai hantar gambar macam ni, tu dah lain dah. Tolong pihak berkuasa ambil tindakan. Takut tengok dunia sekarang.

"Tolong nasihatkan ibu bapa untuk jaga anak-anak mereka. Sekarang, ibu bapa bagi telefon pintar dekat kanak-kanak tanpa pengawasan. Itu menjadi jalan kepada kanak-kanak terlibat dengan aktiviti tidak sepatutnya," ujar beberapa netizen.

Menurut seorang peguam, Gandhi, menghantar mesej lucah kepada kanak-kanak bawah 18 tahun merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Pesalah boleh dikenakan penjara hingga tiga tahun dan denda jika didapati bersalah.

Artikel Lain