suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua sahabat pecah tabung masjid untuk baiki kereta, bayar sewa rumah

Tabung masjid masih menjadi sasaran pencuri. -Gambar hiasan

DUA sahabat yang mencuri duit tabung di lima buah masjid di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan awal pagi Selasa berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam.

Terdesak untuk menyelenggara kereta dan membayar sewa rumah adalah alasan yang diberikan oleh salah seorang suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kedua-dua suspek berusia 19 tahun dan awal 20-an itu ditahan di rumah keluarga masing-masing susulan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan maklumat awam.

“Mereka melarikan dua tabung masjid saiz besar dan kecil menggunakan kereta jenis Perodua Kancil. Suspek mengaku terbabit dalam satu kes pecah tabung masjid di Jelebu.

“Kita merampas semula dua tabung besi, wang kertas berjumlah RM113 dan syiling RM7,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah pada Khamis.

Katanya, lima masid yang dipecah masuk suspek ialah Masjid Sungai Dua Kecil, Masjid Kuala Sungai Dua, Masjid Kariah Kampung Parit, Masjid Nur Salbiah serta Masjid Kariah Sungai Dua Besar.

Kedua-dua suspek direman selama dua hari bermula Khamis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Artikel Lain