suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain 'skateboard' profesional China parah dirempuh kereta ketika buat aksi lompatan di Ipoh

Song Zihao parah selepas dirempuh kereta selepas terbabas ketika melakukan aksi lompatan. -Foto Facebook Balai Bomba Ipoh

SEORANG pemain papan selaju (skateboard) profesional dari China cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Ipoh di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa Song Zihao, 23, mengalami kecederaan di bahagian kepala, anggota badan sebelah kanan dan pinggul selepas dilanggar dalam kejadian pukul 12.15 tengah malam Khamis.

Abang Zainal Abidin berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah melompat dari sebuah platform di hadapan bangunan tersebut ke atas jalan raya menggunakan papan selaju sebelum melanggar sebuah motosikal.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta.

“Kereta tersebut tidak sempat berhenti kerana jarak yang terlalu dekat," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menerima rawatan.

Manakala pemandu kereta dan penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.-The Star

Artikel Lain