suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis tahan suspek kes simbah asid pengusaha spa

Suspek kes simbah asid ditahan polis. -Gambar hiasan

DIKEMASKINI

POLIS menahan seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes simbah asid pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Bachok pada Sabtu lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dalam satu kenyataan pada pagi Khamis.

Beliau berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kilang getah di Kuala Krai, pada pukul 4 petang Rabu.

"Tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kelantan bersama anggota BSJ (Bahagian Siasatan Jenayah) IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Bachok dalam satu operasi bersepadu.

"Suspek bekerja di sebuah kilang getah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Polis turut merampas sebuah Perodua Myvi, telefon bimbit dan alat kawalan kenderaan," katanya.

Mohd Yusoff berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

"Suspek akan direman pada pagi ini (Khamis) di Mahkamah Majistret Bachok bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mendatangkan kecederaan parah.

Tambah beliau, orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi, dan sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada IPD Bachok atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dilaporkan, seorang pengusaha spa berusia 27 tahun disimbah asid oleh tiga individu berpakaian purdah dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Susulan itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan selama enam jam.

 

 

Artikel Lain