suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh gajah mengamuk! Pemandu cemas, kereta dirosakkan gara-gara bunyi hon

Keadaan kereta yang rosak dalam serangan gajah liar. Foto media sosial

PENGGUNA jalan raya di Kilometer 11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik berdepan detik cemas pada Selasa malam apabila berlaku insiden sekumpulan gajah mengamuk.

Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa mendakwa terdapat kenderaan lain membunyikan hon.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan diserang sekumpulan gajah liar. 

"Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam, mangsa yang memandu Toyota Vios memberhentikan kenderaannya dan mematikan lampu, apabila mendapati sekumpulan gajah melintas di jalan raya.

"Dia kemudian terdengar bunyi hon kenderaan dari arah belakang sebelum tiga ekor gajah tiba-tiba menghampiri keretanya.

"Pemandu yang dalam keadaan panik bertindak keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Zulkifli berkata, pemandu kereta itu kemudian tampil ke balai polis untuk membuat aduan.

"Akibat serangan itu, kereta pengadu mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan belakang, selain sisi kanan dan kiri kenderaan itu.

"Pemandu kereta itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati, antaranya tidak membunyikan hon atau menggunakan lampu tinggi serta mengambil langkah keselamatan lain apabila berhadapan dengan gajah.

Artikel Lain