SEORANG lagi individu mendakwa dia turut menerima kiriman foto tidak senonoh daripada pempengaruh yang dikenali sebagai CEO Batu.
Kisah mengenai mangsa itu didedahkan oleh penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Caprice menerusi Instagram pada petang Khamis.
"Bagai dijangka. Selepas kita post (mangsa pertama), mangsa-mangsa lain akan muncul. Kemukakan bukti dan tolong buat laporan polis secepatnya," tulis Caprice.
Menerusi hantaran itu, Caprice turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp yang didakwa dihantar oleh CEO Batu kepada seorang perempuan dikenali sebagai Ely.
"Maaf bang, Ely tak berapa suka dan tak selesa," tulis Ely dalam perbualan WhatsApp itu selepas dia menerima kiriman foto yang didakwa dikirim oleh pempengaruh berkenaan.
"Maafkan abang, adik. Abang tak buat dah. Sorry adik.
Caprice mendedahkan seorang lagi individu mendakwa dirinya turut menjadi mangsa CEO Batu.
"Maafkan abang, adik jadi tak selesa dengan abang. Abang betul-betul minta maaf," balas individu dipercayai CEO Batu itu pula.
Terdahulu, media melaporkan CEO Batu kini berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: CEO Batu serah diri, polis siasat kes hantar mesej lucah kepada gadis umur 14 tahun
ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh terhantar foto bogel kepada gadis bawah umur! Lupa ‘crop’, niat asal nak bagi dekat GF
Menurut laporan, CEO Batu atau nama sebenarnya, Mohd Iqbal, 22, hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor pada Khamis sebelum ditahan reman bermula Jumaat bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Untuk rekod, nama CEO Batu menjadi perhatian selepas Caprice mendedahkan beberapa tangkap layar mesej yang didakwa dihantar oleh pempengaruh itu kepada mangsa.
Caprice dalam beberapa hantaran di Instagram mendedahkan dia juga dihubungi oleh ibu kepada remaja terbabit, meminta bantuan kerana mendakwa anak perempuannya menjadi mangsa gangguan seksual.
Antara mesej yang dikongsi termasuk gambar tidak senonoh yang didakwa dihantar oleh CEO Batu kepada mangsa, kononnya untuk menunjukkan parut selepas membuat pembedahan.