suria

“Salah ke minta izin dulu nak pergi umrah?” - Beego

Beego (kanan) kecewa isteri menunaikan umrah tanpa pengetahuannya.

BUKAN tidak reda, sebaliknya pelakon Beego meluahkan rasa kecewa apabila isterinya, Linda Hashim didakwa tidak meminta izin sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah pada Disember lalu.

Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 46, berkata mesej yang dihantarnya kepada Linda sebelum berangkat ke Tanah Suci bukan bertujuan untuk memarahinya, tetapi sekadar mengingatkan status mereka yang masih sah sebagai suami isteri.

“Saya tak marah pun. Sebagai suami, bila isteri nak pergi umrah, saya reda sahaja. Cuma saya cakaplah sebab dia masih berstatus isteri saya.

Beego sekadar mengingatkan status mereka yang masih sah sebagai suami isteri.

“Dia tak ada pun minta izin. Tiada ada pun, biasalah nak manja-manja sikit. Itu daripada pihak saya. Kalau dia nak terasa, terpulanglah. Saya bukan jenis yang nak muat naik semua benda.

“Saya memang tak ada niat lain. Sekurang-kurangnya cukuplah dengan ayat, ‘Assalamualaikum, saya nak minta izin pergi umrah’. Itu sahaja,” katanya kepada mStar. 

Menurut Beego, meskipun Linda sudah tidak mempunyai rasa cinta serta memfailkan perceraian, namun dia masih bergelar isteri yang sah di sisi undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding pengesahan taklik Linda Hashim tangguh 9 Februari, dakwa Beego sengaja lambatkan cerai… “Saya isteri tentu tahu”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada usaha memujuk, Linda Hashim sekat nombor telefon Beego kerana terima serangan emosi… “Saya kerap dapat video isteri derhaka”

“Saya nak persoalkan status saya sebagai suami. Ada isteri yang pergi mahkamah dan masih isteri sah, tapi tak minta izin. Salah ke saya persoalkan benda itu? Tak apalah, nak buat macam mana,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Linda di media sosial mencuri perhatian ramai apabila memuat naik tangkap layar mesej dipercayai dihantar Beego berkaitan urusannya mengerjakan ibadah umrah.

Sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda dan Beego menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.

Linda menunaikan umrah pada Disember tahun lalu.

Linda menunaikan umrah pada Disember tahun lalu.

Pasangan itu pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun rujuk semula pada 9 April 2023 dan membatalkan tuntutan nafkah serta hak penjagaan tiga anak mereka.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kembali bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, sebelum kembali bersama tidak lama kemudian.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain