suria

“Saya masih hidup!” - Shah Iskandar terkejut tonton video berita kematian sendiri di TikTok

Shah Iskandar nafi berita mendakwa dia sudah meninggal dunia.

PENYEBARAN video di aplikasi TikTok mendakwa Shah Iskandar sudah meninggal dunia mengejutkan aktor tersebut.

Gara-gara berita palsu itu, Shah, 40, berkata dia dihujani banyak pertanyaan daripada teman-teman yang mahu mendapatkan kesahihan mengenai video berkenaan.

"Semasa itu saya sedang menjalani penggambaran, terkejut apabila ramai orang bertanya mengenai video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu ikut nafsu orang muda, Shah Iskandar berhabis RM1 juta... mula matang selepas jadi bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu dah pernah popular, sekarang dapat watak ‘pak pacak’ pun jadilah - Shah Iskandar

"Saya cari video itu di aplikasi TikTok, rasanya orang yang meninggal dalam berita tu nama dia Shah Iskandar juga tapi individu yang buat video berkenaan pakai gambar saya.

"Saya pun tak pasti cerita sebenar... apa-apa pun Alhamdulillah saya masih hidup lagi," katanya kepada mStar.

shah 2

Perkongsian Shah Iskandar di TikTok.

Sebelum itu menerusi Instagram, Shah menafikan dakwaan kononnya dia sudah meninggal dunia seperti dalam rakaman video tular di TikTok.

“Kepada yang cuba buat video viral saya meninggal kerana kemalangan kereta atau motor, tak apa saya maafkan.

Saya pun tak faham kenapa mereka buat begini tapi tak apa saya dah maafkan orang tu

SHAH ISKANDAR

PELAKON

“Mungkin lain kali check dulu betul ke tak sebelum nak letak di TikTok ya sebab macam inilah reaksi saya masa tengok video tu... tergosok-gosok mata tau,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku ini meminta individu berkenaan menyemak dahulu kesahihan berita sebelum menyebarkan kepada umum.

shah 3

Shah Iskandar terkejut tonton video berita kematiannya di TikTok.

"Tak baguslah macam ni, tak selidik dahulu tapi pakai main post kat TikTok, sekarang ni mereka nak content sanggup buat apa sahaja.

"Saya pun tak faham kenapa mereka buat begini tapi tak apa saya dah maafkan orang tu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain