suria

Dulu dah pernah popular, sekarang dapat watak ‘pak pacak’ pun jadilah - Shah Iskandar

Shah terima watak sampingan dalam drama atau filem.

KEHADIRAN ramai pendatang baharu mewarnai dunia seni tidak menggugat Shah Iskandar untuk kekal relevan sebagai seorang pelakon yang masih mendapat perhatian syarikat produksi.

Bagi Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 40, dia akur dengan adat resam dalam dunia seni dan tidak kisah jika hanya diberi tawaran sebagai watak sampingan dalam sesebuah drama atau filem.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu ikut nafsu orang muda, Shah Iskandar berhabis RM1 juta... mula matang selepas jadi bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 4 tahun berakhir, Shah Iskandar timang anak lelaki - "Saya berehat dari laman sosial selama 7 hari untuk beri tumpuan kepada mereka"

“Saya juga pernah muda dan pernah memegang watak sebagai hero drama. Ini adalah putaran dalam industri seni.

“Bagaikan pepatah patah tumbuh hilang berganti, hero-hero yang ada sekarang ini akan bertukar suatu masa nanti.

“Apa yang penting adalah untuk terus kekal dalam industri lakonan, tidak kiralah walau hanya diberi watak sampingan sahaja,” ujarnya kepada mStar.

shah iskandar 2

Shah aktif ke gim untuk kekalkan bentuk badan yang menarik.

Dalam masa sama, Shah turut berkongsi pendapat tentang kemunculan bakat baharu yang diambil melalui sosial media.

Katanya, populariti penting untuk mempromosikan sesebuah produk namun ia bukan ukuran utama dalam kejayaan seorang pelakon.

Bagaimanapun jika mereka hanya fikir dunia seni sebagai sebuah perniagaan mungkin kerjaya mereka ibarat touch and go sahaja,” katanya.

SHAH ISKANDAR

PELAKON

“Saya tidak kisah jika ramai pelakon baharu yang bermula dari media sosial. Jika ada bakat dan platform yang betul mereka boleh pergi jauh.

“Bagaimanapun jika mereka hanya fikir dunia seni sebagai sebuah perniagaan mungkin kerjaya mereka ibarat touch and go sahaja,” katanya.

Sementara itu, salah satu pendekatan yang diambil oleh pelakon asal Singapura ini agar masih menjadi pilihan produksi adalah dengan mengekalkan bentuk badan.

siti saleha 3

Barisan pelakon drama Love In Lockdown

“Saya memang aktif ke gimnasium untuk dapatkan bentuk dan berat badan yang ideal.

“Selain untuk kesihatan ia juga bertujuan supaya saya sentiasa nampak elok di hadapan kamera. Seorang pelakon perlu tahu menjaga penampilan diri sendiri.

“Berat saya sebelum ini 89 kilogram dan selepas beberapa bulan ke gim baru turun 9 kilogram. Saya sasarkan untuk kuruskan lagi sebelum betul-betul lakukan proses membina otot,” ceritanya.

Tentang perkembangan kerjaya, Shah bakal muncul dalam drama sepuluh episod berjudul Love In Lockdown yang bakal ditayangkan di platform digital SOOKA bermula 20 Februari ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain