suria

Hilang keyakinan diri, Nana Mahazan menangis setiap hari tengok muka naik jerawat

Nana percaya pada rezeki.

MEMASUKI industri seni menerusi program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan tidak terkilan apabila rezeki beralih ke bidang pengacaraan.

Malah, pemilik nama penuh Nurul Hana Che Mahazan bersyukur bidang pengacaraan juga memberi dia lebih keyakinan dalam memasuki dunia perniagaan dengan produk kosmetik dan makanan jenamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nana Mahazan sebak imbau kenangan di AF, ada yang nak ludah dan baling batu - “Show banyak walaupun orang kata saya tak boleh menyanyi”

"Saya percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya. Jadi saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.

"Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik.

Nana 1

Nana mula ceburi bidang perniagaan.

"Tertutup pintu rezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya. Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan.

"Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa. Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan menerusi Nana Mahazan Beauty sejak 2018," katanya yang bertudung sejak tahun lalu.

Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri

NANA MAHAZAN

PENYANYI/ PENGACARA

Berkongsi mengenai permulaan perniagaan kecantikannya, Nana mendedahkan dia pernah mengalami masalah kulit yang teruk sehingga hilang keyakinan diri.

Bersyukur mempunyai suami yang sentiasa memberi semangat, Nana mengakui ketika itu dia kerap menangis setiap kali melihat wajahnya di cermin.

Nana 2

Nana pernah alami masalah kulit sehingga hilang keyakinan diri.

"Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.

"Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.

"Suami saya sendiri menjadi saksi paling dekat melihat saya ada dalam keadaan itu. Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tip atau produk itu dan ini.

"Dialah penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya," katanya.

Kata Nana lagi, lebih setahun dia mencuba pelbagai jenis produk kulit.

Malah selepas ramai melihat perubahan wajahnya, Nana terlintas memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri pada tahun 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain