suria

Air mata Dolla tumpah, sebak pertama kali jumpa peminat sejak jadi artis

Dolla yang dianggotai oleh Angle (kiri), Tabby, Syasya dan Sabronzo

TAMPIL membuat persembahan dengan empat buah lagu, persembahan mini showcase kumpulan Dolla cukup menghiburkan 150 penonton.

Showcase Dolla yang berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC) pada malam Sabtu itu tampil bertenaga bersama tarian yang mantap empat ahli kumpulan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dolla bangga jadi artis ketiga Malaysia terpapar di kota New York - “Kalau tiada Covid-19, kami dah ke sana ambil gambar”

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah hidup Dolla diangkat dalam telefilem meski baru setahun jagung jadi penyanyi - “Tak kisah jika ada yang kata kami kayu”

Menerusi persembahan satu jam itu Dolla yang terdiri daripada Tabby, Syasya, Angle dan Sabronzo menyampaikan empat lagu mereka iaitu Berani, Watch Me Glow, Dolla Make You Wanna dan lagu baharu Bad.

Selain sebuah lagu berjudul Cold Blooded yang dipopularkan oleh penyanyi Korea Selatan, Jessi.

Mereka turut meluahkan rasa terharu sehingga mengalirkan air mata kerana impian bertemu peminat sejak mula bergelar penyanyi pada Mac 2020 akhirnya tercapai.

Dolla 1

Dolla memberi persembahan bertenaga ketika showcase yang berlangsung pada malam Sabtu

“Ini adalah saat yang kami nantikan. Sejak awal kemunculan baru sekarang dapat bertemu peminat.

“Awalnya saya dan Syasya sudah berjanji tak mahu menangis. Tetapi melihat respons penonton, kami tidak dapat menahan air mata,” ujar Tabby.

Sementara itu Sabronzo meluahkan rasa puas kerana dapat melakukan persembahan yang terbaik selepas sebulan berlatih.

Sejak awal kemunculan baru sekarang dapat bertemu peminat

TABBY

AHLI DOLLA

“Syukur semuanya berjalan lancar. Kami terharu dengan sokongan peminat yang hadir.

“Pastinya kami rasa puas, walau showcase berjalan dalam tempoh singkat,” ujarnya.

dolla 2

Mesra melayan peminat

Selain itu, Dolla juga mengambil peluang bertemu peminat bertuah selepas selesai showcase tersebut.

Pada malam tersebut penyanyi baharu Juki dijemput membuat persembahan dengan menyanyikan lagu baharu berjudul Pacu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain