suria

Nama Sharifah Rose ‘panas’ lagi, kali ini netizen tuduh ciplak jenama tudung - “Dia fikir boleh tiru macam kerja sekolah?”

Sharifah Rose didakwa tiru jenama tempatan

SERING terkait kontroversi, nama pelakon Sharifah Rose sekali lagi trending di Twitter gara-gara dituduh menciplak jenama produk sedia ada di pasaran ketika melancarkan tudung jenamanya, Sekuntum.

Menerusi perkongsian Twitter seorang individu, pelakon itu didakwa meniru jenama dengan ejaan berbeza namun wujud persamaan pada penggunaan logo tiga kelopak bunga.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk dikritik ‘kayu’, Sharifah Rose pasang niat nak belajar setiap kali terima tawaran berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Rose akui kontroversi bantu naikkan nama... Tak fikir fasal cinta, mahu fokus berlakon

“Selamba artis keluarkan brand nama sama ejaan je lain, business nature sama, signature bunga tiga kelopak sama dan rekaan logo huruf kecil sama,”

“Bila nama brand hampir sama, customer pun confuse. Akhirnya picisan ni tertindas, nak dapat follower 10K pun makan tahun,” tulisnya yang dipercayai pemilik perniagaan tudung jenama Sekuntom.

rose 2

Teguran daripada individu dipercayai pemilik jenama Sekuntom

Luahan hati individu menggunakan nama Sheer itu menerima lebih 14,000 ulang kicau yang bersimpati dengan hal tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan menganggap pelakon drama 3 Nota Cinta ini mengambil langkah mudah untuk memulakan perniagaan.

Sharifah Rose kaya. Tak boleh bayar pereka grafik?

NETIZEN

“Mencuba dalam perniagaan tetapi ilmu yang sedikit. Dia fikir boleh tiru macam kerja sekolah? Selamat berurusan dengan tindakan undang-undang.

“Sharifah Rose adalah contoh beuty without brain. Jelas sekali dia adalah contoh pelajar suka copy paste, tak nak buat research.

rose 3

Sharifah dikritik teruk netizen

“Saya terkejut dengan Sharifah Rose yang tidak hormat terhadap perniagaan orang lain.

“Sharifah Rose kaya. Tak boleh bayar pereka grafik?” komen netizen.

Sementara itu, pihak mStar masih cuba mendapatkan penjelasan daripada pelakon tersebut yang difahamkan bakal memberi kenyataan dalam masa terdekat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain