suria

Elica Paujin ‘enjoy’ dapat lagu rancak, memang minat menari dari bangku sekolah... Siap buka studio tarian di Sabah

Elica seronok dapat menari di konsert minggu kedua Big Stage 2022.

MEMINATI seni tarian sejak di bangku sekolah, penyanyi Alica Pauji membuka sebuah studio di Tabunan Sabah.

Elica atau nama sebenarnya Angelica Paujin, 22, berkata, studio yang dibuka sejak 2021 menjadi tempat dia dan kawan-kawannya membuat latihan menari dan vokal.

ARTIKEL BERKAITAN: Bye Iqbal! Seperti dijangka jadi peserta pertama tersingkir Big Stage 2022

"Saya dan rakan membuka sebuah studio tarian sejak awal 2021. Ramai kawan-kawan saya sendiri yang datang untuk belajar menari.

Elica 2

Elica menjadi guru tarian di studio miliknya.

"Dalam pada sama juga, saya boleh buat latihan menari juga di studio itu. Bukan hanya tarian, tetapi boleh juga untuk berlatih vokal.

"Saya belajar menari sejak di sekolah rendah lagi. Saya pun peminat muzik K-Pop dan suka melihat mereka menari," katanya kepada mStar.

Elica berkongsi perkara tersebut selepas selesai konsert Big Stage 2022 minggu kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Ahad.

Bukan hanya tarian, tetapi boleh juga untuk berlatih vokal.

ELICA PAUJIN

PENYANYI

Berkongsi mengenai persembahan minggu kedua, Elica mengakui dia tidak berasa tertekan untuk menyanyikan lagu Impikan sambil menari.

Malah, penyanyi kelahiran Sabah ini turut bersyukur apabila persembahannya pada malam tersebut mendapat markah tertinggi daripada barisan juri.

"Saya memang dah biasa membuat persembahan menyanyi sambil menari. Jadi, saya rasa untuk persembahan Ahad lalu bukan satu tekanan buat saya.

"Malah saya rasa sangat enjoy dengan persembahan. Memang sangat puas hati dapat menari. Akhirnya, saya dapat menari di atas pentas.

Elica 1

Elica tiada masalah untuk menyanyi sambil menari.

"Tak sangka juga, persembahan saya itu mendapat markah tertinggi daripada juri tetap dan undangan. Memang saya bersyukur sangat," ujarnya.

Pada konsert minggu kedua itu, peserta diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ajai dan Aina Abdul sebagai juri undangan.

Manakala usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida selaku Presiden Netizen dan penyanyi Mas Idayu pula sebagai juri pedas.

Selain Elica, 10 lagi peserta masih bersaing iaitu Ajoi Zainal, Aisha Retno, Yasmin Aziz, Tuah Adzmi, Megat Rahim, Sofiaa, Danial Chuer, Lia Aziz, Tegar Septian, dan Syafiq Abdilah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain