suria

Dua jam tahan sakit, Ezzaty mengucap siap-siap sebelum teran... Genggam tangan Azwan Kombos sekuat hati!

Ezzaty bersyukur dapat melahirkan anak kedua pada hari Jummat

SAKIT macam nak tercabut nyawa! Itu yang cuba digambarkan pelakon Ezzaty Abdullah ketika berkongsi pengalaman ketika melahirkan anak keduanya pada 11 Februari lalu.

Bercerita lebih lanjut, Ezzaty, 31, berkata, suaminya Azwan Kombos menjadi 'mangsa' ketika dia sedang bertarung melawan kesakitan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzaty Abdullah timang anak lelaki, syukur impian bersalin hari Jumaat tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: Bergilir-gilir dukung nenek lanjut usia selamatkan diri, 5 ahli keluarga Ezzaty Abdullah ada dalam kereta api terbakar di Kelantan

“Sepanjang dalam bilik bersalin, banyak kali tangan Azwan kena genggam dan picit sekuat hati sebab menahan sakit. Nasib baik suami seorang yang reda.

“Alhamdulillah hanya dua jam sahaja menahan sakit. Ketika itu rasa sakit memang maksimum seperti nak tercabut nyawa.

“Saya mengucapkan siap-siap masa nak teran. Baru rasa nikmat sakit seperti yang orang selalu cerita sehingga trauma nak beranak lagi,” kongsi Ezzaty.

ezzaty abdullah 3

Ezzaty akui proses bersalin anak kedua lebih sukar

Pelakon drama The Maid ini selamat melahirkan bayi lelaki pada 11 Februari di sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor.

Ezzaty dimasukkan ke pusat perubatan tersebut sehari sebelum bersalin selepas mula rasa sakit.

Baru rasa nikmat sakit seperti yang orang selalu cerita sehingga trauma nak beranak lagi

EZZATY ABDULLAH

PELAKON

“Pukul 5 petang dah mula rasa sakit. Kemas rumah sedikit, mandi dan solat Asar kemudian terus ke hospital pada pukul 7.15 malam.

“Saya pilih untuk induced kerana ketika bersalin anak pertama dahulu tidak terasa sakit sangat.

“Pukul 11.30 malam sudah mula rasa sakit sangat. Begini rasanya orang selalu bercerita sakit selepas induced,” ujarnya.

Bagaimanapun selepas melalui tempoh sakit tersebut, proses bersalin Ezzaty dipermudahkan dan hanya mengambil masa hanya lima minit sahaja.

ezzaty abdullah 2

Ezzaty dan Azwan bersama anak pertama mereka, Harum Dalia

“Alhamdulillah selepas adik keluar, semua rasa sakit hilang begitu saya seperti magis.

“Seronok dan syukur sangat bersalin kali ini dapat merasa nikmat sebegini. Ada rasa sakit, ada rasa lega, semuanya ada,” katanya.

Sementara itu, Ezzaty berkata, dia belum memilih nama untuk anak keduanya itu.

Ezzaty berkahwin dengan pelakon Azwan Kombos pada 16 Julai 2016.

Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain