suria

[VIDEO] Menang saman, Nor Hidayah terus tunai hajat sedekah buah di surau

SELEPAS menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh, balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menunaikan hajatnya untuk bersedekah di surau.

Menerusi perkongsian di Instastory, Nor Hidayah atau mesra disapa sebagai Dayah membeli buah-buahan untuk disedekahkan di Surau Nurul Iman, Seksyen 6 Kota Damansara.

ARTIKEL BERKAITAN: Nor Hidayah balu Abam menang kes saman fitnah, Ali Puteh diperintah bayar RM60,000

Nor Hidayah turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua orang yang mendoakan kes itu dipermudahkan.

Hidayah 2Nor Hidayah bersyukur menang kes saman fitnah.

"Terima kasih yang mendoakan saya dan Hamzah. Hari ini kita di kedai buah. Nak beli buah dan kita nak bersedekah untuk orang masjid.

"Kita bersedekah di surau... kita hantar. Alhamdulillah, lepas hajat. Terima kasih yang mendoakan Dayah dari A to Z," katanya.

Menerusi video tersebut juga mata Nor Hidayah kelihatan merah dan masih bergenang air mata kegembiraan.

Nak beli buah dan kita nak bersedekah untuk orang masjid.

NOR HIDAYAH

BALU ARWAH ABAM

Terdahulu, mStar melaporkan Nor Hidayah menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat.

Sehubungan itu Ali Puteh diperintahkan membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.

Menurut peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.

Hidayah 1Ali Puteh diperintahkan membayar RM60,000 selepas kalah kes saman Nor Hidayah.

Pada 27 Ogos tahun lalu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, mengeluarkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Ia sebagai tindakan balas terhadap Nor Hidayah yang terlebih dahulu mengeluarkan saman terhadapnya dengan tuntutan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain