suria

Sharifah Rose akui kontroversi bantu naikkan nama… Tak fikir fasal cinta, mahu fokus berlakon

Sharifah Rose enggan toleh ke belakang lagi.

BERGELAR seorang selebriti pastinya tidak boleh lari daripada terpalit dengan pelbagai kontroversi dan isu panas.

Pernah berdepan beberapa kontroversi sebelum ini, pelakon dan personaliti media sosial, Sharifah Rose, 23, berkata dia mempelajari banyak perkara baharu terutamanya cara mengendalikan sesuatu hal yang timbul.

"Saya akui kontroversi itu sedikit sebanyak membantu (menaikkan nama) kita... benda macam ni kita tak boleh nak elak lebih-lebih lagi sebagai public figure mesti benda ni akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai kempunan tak dapat tengok Sharifah Rose, drama Kekasih Hati Mr Bodyguard terpaksa tangguh tayangan

ARTIKEL BERKAITAN: “Hanya kerana perjalanan kita berbeza, tak bermakna anda berhak untuk tidak mengiktiraf saya”

"Cumanya macam mana kita nak handle kontroversi itu yang akan menggambarkan diri kita, sebab itu ada orang cakap... bad publicity still a publicity.

"Melalui kontroversi sebelum ini banyak yang saya belajar antaranya macam mana nak kawal keadaan. Bila kita dah masuk dalam industri ni memang tak boleh nak undur ke belakang, cuma kita boleh terus perbaiki apa kekurangan kita," katanya kepada mStar.

rose 3

Sharifah Rose mahu fokus karier lakonan.

Sebelum ini nama Sharifah Rose pernah terpalit dengan beberapa siri kontroversi membabitkan hal peribadi dan bakat lakonan.

Malah, aktres drama Kekasih Hati Mr Bodyguard ini juga sering menjadi sebutan netizen di laman sosial.

Saya mengidolakan Nabila Huda sebab dia sangat versatil sebab boleh mengacara, berlakon.

SHARIFAH ROSE

PELAKON

Dalam pada itu, pemilik nama Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira ini berkata dia enggan lagi dikaitkan dengan kontroversi peribadi semata-mata, sebaliknya mahu fokus dengan karier lakonan yang sedang berkembang baik.

"Sekarang ini saya single... umur pun baru 23 tahun, masih muda lagi. Jadi tak perlu nak fikir untuk berpasangan lagi.

rose 2

Gandingan Sharifah Rose dan Redza Rosli dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard terima pujian penonton.

"Ini adalah masa untuk fokus kerjaya. Saya mengidolakan Nabila Huda sebab dia sangat versatil sebab boleh mengacara, berlakon.

"Sebagai pelakon baru banyak yang saya kena belajar lagi, jadi saya melihat pelakon yang sedia ada ini sebagai inspirasi untuk menjadi sama level seperti mereka," ujarnya.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain