suria

Ramai kempunan tak dapat tengok Sharifah Rose, drama Kekasih Hati Mr Bodyguard terpaksa tangguh tayangan

Nizam mohon semua orang beri peluang kepada Sharifah Rose untuk tunjukkan bakat lakonannya.

GARA-GARA belum selesai penggambaran, drama Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Sharifah Rose dan Redza Rosli terpaksa ditangguhkan tayangannya.

Pengarah drama tersebut, Nizam Zakaria, berkata keputusan itu dibuat kerana beberapa babak yang memerlukan penggambaran di kawasan luar belum sempat dirakam berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Rose ‘judge’ lakonan sendiri dalam drama ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard’ - “Boleh nampak kesalahan kecil, saya mula selesa”

Biarpun berasa sedih dan sedikit terkilan, namun Nizam menghormati prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan akan memulakan penggambaran sebaik sahaja dibenarkan.



Perkongsian di akaun Instagram produksi Creative Skill Solution mengenai drama Kekasih Hati Mr Bodyguard.

"Sebenarnya kami terpaksa tangguh tayangan sebabkan PKP. Ada beberapa babak yang perlu dirakam di kawasan luar tak sempat nak buat. Sebelum PKP itu, kami hanya sempat shooting babak dalam rumah sahaja.

"Jadi, kami terpaksa tangguhkan tayangan dahulu sebab banyak kosong untuk satu episod. Ikutklan babak dalam rumah dah shooting sampai 20 episod. Memang agak sedih dan kecewa tapi nak buat macam mana.

"Kita kena hormat dan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. Insya-Allah sebaik sahaja SOP baharu keluar dan dibenarkan semula penggambaran, kami akan teruskan," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Sebenarnya ramai peminat DM yang positif tentang drama ini.

NIZAM ZAKARIA

PENGARAH DRAMA

Sebelum ini, pihak produksi Creative Skill Solution menerusi laman Instagram mengumumkan bahawa tayangan drama lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Waktu tayangan itu digantikan dengan drama ulangan lakonan Nabila Razali, Fahrin Ahmad dan Rozita Che Wan berjudul Kebaya Kasut Kanvas bermula Rabu menerusi Slot Lestary, TV3.

Dalam pada itu, Nizam memberitahu dia tidak menjangkakan drama arahannya itu mendapat maklum balas yang positif biarpun lakonan pelakon utama, Sharifah Rose menerima kritikan seperti 'kayu'.

Menerusi pandangan mata sebagai seorang pengarah, Nizam memuji lakonan Sharifah Rose malah dia juga melihat aktres yang juga Instafamous itu seperti pelakon Zahirah MacWilson yang kini berjaya dalam dunia lakonan.



Drama lakonan Redza dan Sharifah Rose digantikan dengan drama Kebaya Kasut Kanvas lakonan Nabila Razali.

"Kami tak jangka sebenarnya drama ini akan viral... bila tayangan ditangguh, ramai peminat yang DM. Sebenarnya ramai peminat DM yang positif tentang drama ini.

"Malah ramai penonton drama ini persoalkan kritikan lakonan 'kayu' Sharifah Rose sebab mereka lihat lakonan Sharifah Rose tak ada la kayu. Bagi saya, Sharifah Rose okay saja untuk budak baharu macam dia.

"Walaupun Sharifah Rose masih baru, tapi dia boleh menghafal dialog tiga hingga empat muka surat. Berilah dia peluang... kalau tak ada generasi baharu, akan membunuh industri juga.

"Bila saya tengok dia, saya rasa perasaan yang sama ketika Zahirah pertama kali berlakon dalam drama arahan saya. Dengan pakej rupa yang ada, Sharifah Rose boleh pergi jauh," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain