suria

Cium dahi seorang wanita ketika persembahan ‘live’, rupa-rupanya Ariff Bahran sudah tiga bulan berkahwin

Ariff Bahran mencium dahi isterinya semasa persembahan di pentas ADS2021.

DALAM diam-diam penyanyi Ariff Bahran rupa-rupanya sudah bergelar suami kepada Amirah Syazwani Ridzuan sejak tiga bulan lalu.

Menerusi kenyataan media yang dihantar pihak pengurusan Rusa Music kepada mStar, Ariff atau nama sebenar Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 23, selamat disatukan dengan Amirah, 27, di Jabatan Agama Islam Shah Alam, Selangor pada 3 September lalu.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan penyanyi lagu Kata Akhirmu ini menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300.

ARTIKEL BERKAITAN: Ariff Bahran pula campak duit, netizen tegur ‘jangkit’ perangai Iqbal - “Untuk content je, sekadar nak bergurau”

ARTIKEL BERKAITAN: Hiburan “Benda ini boring, buat peminat tak nak tahu pasal kerjaya saya” - Ariff Bahran muak gosip cinta

Berita perkahwinan pasangan ini diumumkan oleh pengacara Ain Edruce dan Nabila Huda semasa malam Anugerah Drama Sangat 2021 yang bersiaran secara langsung di TV3 pada malam Sabtu.

Ain membuat penjelasan itu selepas Ariff dilihat mencium dahi seorang wanita semasa menyanyikan lagu Bicara Rasa bersama rakan duet, Sarah Suhairi.

ariff 2

Ariff Bahran bawa isteri di atas pentas nyanyian.

Sebelum ini, media melaporkan Ariff mengakui sedang mengenali seorang gadis yang bekerja dalam produksi penerbitan sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, pihak keluarga sudah merestui dan mengetahui mengenai hubungan istimewa mereka itu.

Ariff bahran isteri

Ariff Bahran bakal muncul dengan lagu baharu ditujukan untuk isteri.

Dalam perkembangan lain, Ariff Bahran bakal muncul dengan single baharu berjudul Melodi Hati yang ditujukan khas buat isteri tercinta.

Video muzik lagu berkenaan akan dimuat naik di laman YouTube MVM Music pada Ahad pukul 2 petang.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain