suria

Ariff Bahran pula campak duit, netizen tegur ‘jangkit’ perangai Iqbal - “Untuk content je, sekadar nak bergurau”

Bahran memohon maaf andai tindakannya menggores hati banyak pihak.

GARA-GARA ingin bergurau dengan mencampak duit ke lantai, penyanyi Ariff Bahran akhirnya dilabel bersifat riyak dan tidak bersyukur dengan rezeki yang ada.

Malah netizen turut menegur Bahran atau nama sebenar Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 23, supaya tidak menjadikan wang ringgit sebagai bahan kandungan media sosial demi meraih publisiti.

Enggan membiarkan netizen terus menghukumnya, Bahran tampil menjelaskan tentang video yang dimuat naik Beby Acha di Instastory menunjukkan dia sedang bergurau dengan melemparkan duit ke arah penyanyi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara diet melampau, Ariff Bahran hidap apendiks - “Tak perlu pembedahan lagi, hanya makan ubat dulu”

ARTIKEL BERKAITAN: Harap Iqbal tak ‘koyak’ dengar teguran Azmeer, lagu sedap tapi suara level menyanyi karaoke!

"Semalam saya ke studio sebab nak siapkan beberapa projek, nak siapkan lagu.

"Kebetulan ketika itu pula ada talent baru Iqbal dan Beby Acha tengah buat content, jadi saya selit la sekali.

"Ada duit kat situ, tapi semua tu duit prop warna je sama... bukan duit betul," katanya kepada mStar.

Selain video yang dikongsikan Beby Acha, Bahran sendiri turut memuat naik video di TikTok memperlihatkan usahawan yang baharu melancarkan single pertama, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Lebih mengundang kemarahan ramai, menerusi video tersebut Iqbal yang kerap dihimpit kontroversi dilihat sedang memijak kepingan wang kertas di atas lantai.

Saya minta maaf jika ia menggores hati ramai pihak.

ARIFF BAHRAN

PENYANYI

Mengulas lanjut tentang isu berkenaan, penyanyi lagu Kata Akhirmu ini berkata dia sekadar bergurau dengan Beby Acha dan Iqbal tanpa sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk.

"Memang untuk content je sebab lepas shoot duit palsu tu bersepah kat lantai studio.

"Saya kutip dan kacau mereka... sekadar nak bergurau semata-mata," katanya.

iqqbal

Gelagat Iqbal memijak wang kertas di atas lantai mengundang kemarahan ramai.

Tambah Bahran dia tidak menyangka video tersebut menjadi perbualan netizen hingga ada yang salah sangka kononnya mereka memijak duit sebenar.

"Saya minta maaf jika ia menggores hati ramai pihak. Kalau itu duit betul saya sendiri akan cakap kepada mereka perbuatan itu tidak betul.

"Saya tak perasan. Itu hanya kertas biasa yang dicetak seperti duit," ujarnya.

Sebelum ini isu mencampak wang kertas mengundang kemarahan ramai selepas mStar menerusi segmen Bizibody menyiarkan tindakan Iqbal melakukan perbuatan berkenaan.

Ia dilakukan bagi menunjukkan kemewahan selepas status kewangannya dipertikai gara-gara menaruh perasaan untuk memperisterikan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain