suria

‘Suara Viral 2.0’ tukar format untuk kekal relevan... tidak hanya beri peluang kepada individu berkerjaya

Aina Abdul dan Haqiem Rusli merupakan antara juri tetap Suara Viral 2.0.

PROGRAM realiti nyanyian Suara Viral kembali untuk musim kedua dengan membawa beberapa perubahan dan penambahbaikan daripada segi format pertandingan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, perubahan format pertandingan itu dilakukan kerana mahu memastikan kandungan program kekal relevan untuk penonton.

Antara yang diperkenalkan adalah barisan pengacara dan juri baharu serta pencarian peserta juga diperluaskan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kerjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis viral Soffwany Yusoff, abang 'rider' antara 10 peserta yang bakal berentap di Suara Viral!

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya down kerana hilang suara sampai tak boleh bercakap!” - Soffwany Yusoff syukur lolos ke pentas akhir 'Suara Viral'

"Bermula sebagai sebuah platform yang mengetengahkan bakat barisan penyanyi suara bekerjaya yang tular di media sosial ke pentas komersial, kini jenama Suara Viral sebagai program pencarian bakat diluaskan ke skala yang lebih besar untuk mencungkil bakat nyanyian dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Selain memberi peluang kepada lebih ramai peserta berbakat di luar sana, penganjuran musim terbaharu menerusi edisi Suara Viral 2.0 juga pastinya lebih mantap dengan penambahbaikan daripada segi format asal pertandingan dan pertukaran barisan utama demi memastikan kandungan program ini sentiasa up-to-date dan kekal relevan.

mm

Norzeha mahu Suara Viral 2.0 jadi platform mencungkil ramai bakat.

"Musim kedua ini, seramai enam peserta akan berentap secara kalah mati untuk setiap pusingan selama tujuh minggu. Juara mingguan secara automatik akan mara ke peringkat suku akhir untuk bersaing sekali lagi bagi menempah tempat ke pusingan akhir," katanya kepada mStar.

Norzeha ditemui semasa sidang media Suara Viral 2.0 yang diadakan secara maya, pada Rabu.

Semoga pembaharuan yang diperkenalkan pada musim ini mampu melonjakkan kegemilangan jenama Suara Viral ke peringkat yang lebih tinggi

NORZEHA

PENGURUS SALURAN ASTRO PRIMA

Tahun lalu, Lans Koperal Angkatan Tentera Malaysia iaitu Farah Noorasikin Abdul Rahim diangkat menjadi juara musim pertama.

Tempat kedua pula milik Ameem yang merupakan seorang eksekutif pemasaran, manakala Boy yang merupakan seorang kru teknikal audio berada di kedudukan ketiga.

Suara Viral 2.0 kali ini menyaksikan empat penyanyi hebat iaitu Datuk Hattan, Marsha Milan Londoh, Aina Abdul dan Haqiem Rusli diangkat sebagai juri tetap.

Zeha berkata, pemilihan juri daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai reputasi cemerlang diharap dapat memberi panduan berguna untuk para peserta.

suara viral 2

Hos Suara Viral 2.0. Naim Daniel (kiri) dan Danial Zaini.

"Kami amat berbesar hati dengan kehadiran nama-nama besar yang kesemuanya mempunyai latar belakang dan reputasi cemerlang kerana sudi berkongsi tip, pengalaman, ilmu dan kepakaran dengan keluarga Suara Viral 2.0.

"Peranan mereka dalam menjayakan program ini amat penting kerana setiap bimbingan dan inspirasi yang disalurkan kepada para peserta pastinya memberikan impak yang mendalam sekaligus membantu untuk mencorakkan permulaan perjalanan seni mereka dalam bidang hiburan.

"Semoga pembaharuan yang diperkenalkan pada musim ini mampu melonjakkan kegemilangan jenama Suara Viral ke peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.

Suara Viral 2.0 akan dikendalikan oleh pelawak Danial Zaini serta penyanyi muda terkenal, Naim Danial.

Format penjurian untuk edisi kali ini menggunakan sistem liga yang ditentukan berdasarkan pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional.

Program ini akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (105) serta boleh distrim menerusi Astro Go dan On Demand.

Episod istimewa Uji Bakat Suara Viral 2.0 akan bersiaran pada Rabu, 10 November depan pukul 10 malam.

Konsert mingguan Suara Viral 2.0 pula bakal ditayangkan pada setiap hari Rabu, pukul 9 malam mulai 17 November selama 10 minggu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain