suria

Polis viral Soffwany Yusoff, abang 'rider' antara 10 peserta yang bakal berentap di Suara Viral!

Suara Viral bawa kelainan dalam program realiti terbaharu berkonsepkan nyanyian.

POLIS viral yang juga tunang kepada pelakon Raja Afiq iaitu Soffwany Yusoff menjadi salah seorang daripada sepuluh peserta program Suara Viral yang bakal bermula 17 Jun ini.

Soffwany yang juga Koperal Pemerhati Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan bersaing dengan sembilan peserta lain iaitu Sulastrie (Koperal French Horn, PDRM), Bobby (abang rider), Farah (Anggota Tentera) dan Azrul (Pengawal Lalu Lintas).

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota Polis Wanita Nyanyi Lagu Raya Dapat Pujian

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Afiq tunang senyap-senyap dengan polis viral Soffwany Yusoff - “Kami kerap berbalas mesej di Instagram”

Manakala, lima lagi peserta ialah Farid (Abang Engineer), Jerry (Anggota Pertahanan Awam), Bella (Eksekutif Perhubungan Awam), Ameem (Eksekutif Pemasaran Agensi Perlancongan) dan Boy (Krew Teknikal Audio).



Antara peserta Suara Viral musim pertama.

Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, trend masa kini mempunyai nilai kebergantungan kepada elemen bersifat tular banyak mengubah nilai kormersial kandungan yang ditawarkan.

"Kami ingin melakar inisiatif baharu dengan mengangkat bakat yang sebelum ini sekadar tular di media sosial ke skala lebih besar di platform televisyen pula.

"Peserta diberi peluang untuk mempamerkan bakat dan kreativiti masing-masing yang sebelum ini di alam maya ke alam sebenar," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, program realiti terbaharu terbitan Astro ini yang sepatutnya bersiaran secara langsung terpaksa diubah kepada format rakaman berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Akim Ahmad dan Misha Omar merupakan Juri Tetap Suara Viral.

"Sebenarnya program ini kami rancang untuk disiarkan secara langsung.

"Jadi bila kami ubah perancangan dan buat keputusan untuk merakam program ini, agenda kami adalah untuk mengurangkan risiko berkaitan pandemik Covid-19," ujarnya.

Sementara itu, penyanyi popular Misha Omar dan Akim Ahmad dilantik menjadi juri tetap, manakala program ini turut memperkenalkan Juri Duduk Rumah yang terdiri daripada Bob Yusof, Sissy Imann, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Ngektsai (influencer) dan dua wartawan hiburan berpengalaman, Niezam Abdullah dan Sudyr Tahir.

Program ini bakal dikendalikan oleh Datuk AC Mizal sebagai pengacara mingguan dan dibantu oleh Marsha Milan Londoh sebagai pengacara belakang pentas.

Suara Viral musim pertama bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) selama lapan minggu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Suara Viral, Astro

Artikel Lain