Memalukan! Gara-gara jadi bahan ketawa netizen Malaysia, artis Kpop terpaksa tutup komen IG - “Saya tidak tahu negara anda, tak berminat dengan bahasa anda!”

Babi kesal komen netizen Malaysia mempersendakan namanya di IG.

SIKAP tidak bertanggungjawab dan memalukan segelintir netizen Malaysia memainkan nama seorang artis Kpop di Instagram sehingga membuatkan dia menutup ruangan komen di laman sosial itu.

Penyanyi So Young yang dikenali sebagai Babi itu meluahkan rasa kesal apabila ruangan komennya dipenuhi ribuan mesej dalam bahasa Melayu yang menyamakan namanya dengan haiwan khinzir.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mengejutkan! Harap ia tidak benar” - Sulli dilaporkan meninggal dunia, ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya

Justeru itu, anggota kumpulan Fly With Me ini memuat naik status amaran kepada rakyat Malaysia untuk berhenti berbuat demikian.

Babi kesal komen netizen Malaysia yang melampau.

“”Rakyat Malaysia yang datang ke sini untuk mempersendakan nama saya, perlu melihat post ini.

"Kenapa awak melakukan perkara ini kepada saya? Hanya kerana nama saya adalah bahan ketawa anda?

"Anda gembira melakukan ini? Saya tidak berminat dengan bahasa anda, jadi tidak kisah apa maksud nama saya di dalam bahasa tersebut.

"Saya tidak tahu negara anda dan saya tidak mahu mengetahuinya lagi.

"Jika perkara sama terjadi lagi selepas anda melihat post ini, saya akan ‘report’ dan ‘block’ setiap orang. Jadi berhenti sekarang.

"Terakhir, terima kasih kepada mereka yang menolong saya, ” katanya.

Babi meluahkan rasa kesal terhadap netizen Malaysia.

Isu berkaitan kes buli siber dalam kalangan artis Kpop sudah menjadi perkara serius sehingga beberapa selebriti terkenal mengalami tekanan jiwa sehingga mengakibatkan mereka membunuh diri.

SUMBER: IG @babi_fly

Babi, Babi fly, Fly With Me, Kpop

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain