“Mengejutkan! Harap ia tidak benar” - Sulli dilaporkan meninggal dunia, ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya - Bintang Global | mStar

“Mengejutkan! Harap ia tidak benar” - Sulli dilaporkan meninggal dunia, ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya

Sulli ditemui mati di kediamannya pada Isnin

PENYANYI dan pelakon, Sulli ditemui mati di tingkat dua kediamannya di Seongnam, Seoul, Korea Selatan pada petang Isnin.

Menurut laporan Korea Herald, mayat pelakon filem Fashion King ini telah ditemui oleh pengurusnya dan disahkan oleh pihak polis.

Bagaimanapun, agensi pengurusan SM Entertaiment masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung berita mengejutkan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sulli f(x) belanja bekas kekasih makan sekiranya terserempak

"Mengejutkan dan berharap ia tidak benar. Kita masih belum dapat hubungi agensi Sulli," kata sumber media di Korea Selatan.

Sementara itu, menerusi laman Twitter, rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut dengan perkhabaran ini.

Malah, ada yang tidak percaya dengan berita tersebut dan berharap ia hanyalah mimpi semata-mata.

Sulli pernah mengakui berpura-pura bahagia.

"Tolong... saya tak percaya ini semua. Saya rasa nak menangis satu hari ini. Kami semua menyayangi kamu Sulli.

"Berita yang sangat menyedihkan, saya kenal dia sejak bersama kumpulan f(X) dan dia masih muda... hancur hati saya.

"Marilah kita doakan Sulli. Semoga rohnya tenang. Terima kasih kerana membenarkan kami melihat bakat anda, jadilah bidadari di syurga," komen peminat dari seluruh dunia.

Sulli atau nama sebenar Choi Jinri, 25, memulakan karier seni sejak tahun 2009 dengan menyertai kumpulan f(X).

Pada tahun 2015, Sulli dilaporkan nekad untuk keluar daripada bidang nyanyian dan mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya lakonan.

Khamis lalu, Sulli mengakui hidupnya terasa kosong dan hanya berpura-pura bahagia di hadapan semua orang.

Kata Sulli, dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan perasaan tersebut dan hanya mendapatkan nasihat daripada rakan-rakannya.

Sulli

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain