Ashraf Muslim bersedia jika ada persepsi negatif sebagai pesakit Covid-19 - “It's okay kalau tak nak bersalam sekalipun!”

Ashraf Muslim bersedia jika timbul persepsi negatif sebagai bekas pesakit Covid-19.

SETELAH disahkan bebas Covid-19 pada April lalu, pelakon Ashraf Muslim berkata dia sudah bersedia dengan sebarang persepsi negatif orang ramai terhadap bekas pesakit yang pernah dijangkiti virus berkenaan.

Meskipun tiada diskriminasi yang diterima daripada mana-mana pihak, namun dia sentiasa bersedia dengan apa jua tanggapan orang ramai terhadap bekas pesakit sepertinya.

"Setakat ini layanan dari semua orang baik sahaja tapi saya pasti akan ada yang tak selesa... It's okay sebab itu fitrah manusia yang akan sentiasa berjaga-jaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibenarkan pulang sehari sebelum Ramadan, Ashraf Muslim minta tinggal lebih lama di wad - “Banyak sebab keputusan ini dibuat”

"Andai kata ada persepsi negatif, saya ampunkan sebab dalam keadaan sekarang memang kita semua kena berjaga-jaga, saya pun berjaga-jaga dengan orang lain kerana kita tidak mahu ada penularan virus ini," katanya kepada mStar.



Ashraf luangkan masa beribadah bersama pesakit lain di Hospital Sungai Buloh.

Pada 7 Mei lalu, Ashraf dibenarkan pulang selepas hampir sebulan dikuarantin dan mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh akibat Covid-19.

Pelakon berusia 38 tahun itu berkata dia disahkan negatif Covid-19 sehari sebelum Ramadan tetapi memilih untuk tinggal lebih lama kerana ingin mengerjakan ibadah bersama-sama pesakit.

Pelakon ini dipercayai dijangkiti virus tersebut setelah pulang dari menjalani penggambaran drama di Scotland pada 31 Mac lalu dan dimasukkan ke hospital pada 12 April lalu.



Ashraf bersyukur isteri-isteri dan anak-anak sihat.

Sementara itu, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa ini memberitahu dia turut mempraktiskan penjarakkan sosial dalam kehidupannya selepas pulih daripada jangkitan.

"Sejujurnya kita yang bekas pesakit nak bersalam pun masih takut, malah kami semasa menerima rawatan di wad pun dah amalkan penjarakan sosial.

"Walaupun kami sesama pesakit rapat, tapi kita tak bersentuhan, bersalam atau berpeluk. Sekarang pun kami masih jaga sosial distance, dekat luar pun kita amalkan!

"Saya pun dah buat ujian dua kali dan negatif... Alhamdulillah isteri dan anak-anak sihat sahaja. Jadi, it's okay kalau tak nak bersalam sekalipun!," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ashraf Muslim

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain