Tidak guna kabel, Zizie Ezette ambil seorang lagi anak angkat - “Sebelum ini sibuk mengandung dan beranak tiga tahun berturut-turut”

Zizie berkongsi proses pengambilan anak angkat di Instagram pada Rabu.

SELEPAS membesarkan dua orang anak angkat beberapa tahun lalu, pelakon Datin Seri Zizie Ezette mengumumkan bakal mengambil seorang lagi anak angkat pada tahun depan.

Menerusi laman sosial Instagram, Zizie Ezette atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 42, berkata, dia dalam proses menguruskan pengambilan tersebut di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak.

ARTIKEL BERKAITAN: Habis pantang, Zizie Ezette kongsi wajah dan nama anak perempuannya

"Hari untuk uruskan dokumen pengambilan anak angkat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak.

"Baru la ada kelapangan. Sebelum ni mommy seorang ni sibuk mengandung dan beranak je tiga tahun berturut-turut.



Foto Zizie bersama anak-anaknya yang dikongsi di Instagram.

"Tahun ni baru dapat relaks sikit. InsyaAllah tahun depan ada lagi seorang.

Dalam pada itu, Zizie berkata, dia melalui prosedur pengambilan anak angkat yang sama seperti dilalui orang awam yang lain.

"Kepada yang bertanya, saya guna prosedur yang sama macam orang lain dan betul mengikut undang-undang.

"Kena beratur, ambil nombor, tunggu giliran, isi borang. Semuanya. Tiada keistimewaan atau guna kabel," tulisnya.

Zizie dan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna, 4, dan Aaric Zayn Izette, 2.

Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 3, dan seorang anak perempuan Aalisa Belle Izette.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zizie Ezette

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain