Insiden 'terkucil' Nabila Razali akui terlalu gementar dan tak jaga makan - “Saya terima komen yang sangat kejam dan kasar”

Nabila jelaskan antara punca 'terkucil' semasa persembahan baru-baru ini.

GARA-GARA terkucil ketika membuat persembahan secara langsung menyanyikan lagu Peluang Kedua, penyanyi Nabila Razali menerima kecaman hebat daripada netizen.

Hampir seminggu menyepikan diri, penyanyi tersebut akhirnya tampil memuat naik video bagi menjelaskan insiden berkenaan.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Bella, perasaan terlalu gugup dan kurang latihan menjadi punca utama persembahannya malam itu tidak seperti dijangka.

"Apa yang berlaku minggu lepas Bella buat video ni bukan sebab nak tegakkan benang yang basah, seperti korang tengok persembahan saya sangat memalukan dan sangat kesal dengan apa yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian 'terkucil' Nabila Razali salahkan diri sendiri, rakan artis beri kata-kata semangat - “Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya”

"Selepas nilai balik video tu, Bella perasan lack of warm up, tak jaga makan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lama tak perform.

"Jujur Bella cakap malam itu paling gementar buat Bella sebab tahu jangkaan orang tinggi dan semua orang nak dengar yang terbaik," katanya.



Nabila terlalu gementar semasa membuat persembahan.

Nabila berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video di laman Youtube pada Rabu.

Sedutan rakaman nyanyian secara langsung yang terkucil itu ketika di program tersebut menjadi tular dan mengundang kritikan serta kecaman daripada netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen mempertikaikan kemampuan nyanyian pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi tersebut memandangkan kejadian itu bukan kali pertama berlaku.

Sementara itu, Nabila mengakui sebagai anak seni, dia juga adalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

"Kami anak seni sama macam anda, kita manusia biasa tak boleh lari dari buat kesilapan, cuma kesilapan kami ditonton oleh jutaan orang, Bella sedar tentang itu masa nak jadi anak seni dulu... jadi janganlah nak judge je.



Sebelum itu, Nabila buat permohonan maaf di Instagram.

"Syukur ramai mesej tanya keadaan, mereka sangat prihatin... ada yang muncul depan pintu rumah untuk tenangkan saya, saya hargai semua itu, baru saya sedar siapa kawan kita sebenar.

"Ini adalah realiti kalau di atas dipuji dan di bawah dikeji... cuma komen yang diterima di sosial media sangat kejam dan kasar, kalau nak komen, komenlah secara berhemah," ujarnya.

Dalam pada itu, bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) itu turut menerima sebarang komen yang ditinggalkan netizen dengan hati terbuka.

"Bella nak ucapkan terima kasih kepada semua yang bagi pendapat atas insiden ni positif atau negatif serta menerima dengan hati terbuka dan menjadikan iktibar masa datang.

"Saya tak salahkan sesiapa kecuali diri sendiri dan ada ruang untuk perbaiki diri," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nabila Razali

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain