8 bulan derita akibat langgar lari, anak saudara Tauke Jambu meninggal dunia - “Sampai sekarang tak dapat kesan si pelaku...”

Tauke kongsi berita sedih pemergian anak saudara yang terbabit kemalangan langgar lari.

PELAWAK Tauke Jambu berkongsi berita sedih pemergian anak saudaranya, Abdul Mutasa Mukmin Abdul Mutalib pada petang Selasa.

Menurut Tauke atau nama sebenar Zamratul Amri Zakaria, 42, Allahyarham meninggal dunia setelah menderita kecederaan dalaman akibat insiden langgar lari yang berlaku tahun lalu.

"Salam sahabat beriman... anak saudara aku yang jadi mangsa langgar lari telah kembali ke Rahmahtullah selepas berjuang dengan lumpuh sejak bulan 10 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tauke Jambu bersyukur isteri selamat bersalin tapi netizen minta padam video

"Perginya seperti bayi yang sedang tidur... mohon sedekah Al-Fatihah kepada Abdul Mutasa Mukmin Haji Abdul Mutalib," katanya menerusi Instagram.



Tauke kongsi berita sedih di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi beberapa keping foto Allahyarham Mutasa.

Sementara itu, Tauke berkata sehingga kini individu yang terbabit dalam kemalangan tersebut masih belum dapat dikesan.

Bagaimanapun, dia percaya kebenaran akan terbukti kelak dan Allah akan memberikan perhitungan sewajarnya terhadap individu yang menjadi punca insiden tersebut.



Tauke memaklumkan individu menjadi punca kemalangan masih belum dikesan.

"Sampai sekarang tak dapat kesan si pelaku... dunia manusia tak nampak tapi Allah maha melihat," ujarnya.

Pada Oktober tahun lalu, Tauke mengesahkan anak saudaranya antara mangsa yang terlibat dalam kemalangan langgar lari di Jengka, Pahang.

Akibat kemalangan itu, Mutasa mengalami cedera parah dan tidak sedarkan diri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tauke Jambu

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain