Penggambaran dibenarkan bermula Rabu depan, produksi perlu patuhi SOP

Aktiviti penggambaran filem, drama, iklan dan sebagainya dibenarkan bermula 10 Jun ini.

MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tarikh operasi aktiviti penggambaran filem, drama, iklan dan sebagainya dibenarkan bermula pada 10 Jun ini.

Namun, Ismail Sabri berkata, pihak produksi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam mesyuarat sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Uji bakat dalam talian, tiada babak sentuhan dan tidak lebih 20 orang antara syarat penggambaran dalam tempoh PKPB

"Hari ini, kita telah putuskan penggambaran filem, drama, iklan dan sebagainya boleh memulakan operasi mereka bermula 10 Jun 2020.

"Walau bagaimanapun, aktiviti penggambaran juga mestilah mematuhi setiap SOP yang telah diputuskan di dalam mesyuarat tersebut terutamanya mengenai penjarakan sosial, tidak membolehkan perhimpunan yang ramai dan sebagainya," katanya.

Ismail Sabri mengumumkan tarikh kebenaran aktiviti penggambaran dimulakan ketika sidang media harian PKPB.

Ismail berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Selasa.

Tambahnya, beberapa prosedur perlu dipatuhi pihak produksi semasa menjalani penggambaran termasuk melakukan mesyuarat dan uji bakat secara atas talian, mengemukakan rekod perjalanan untuk semua kru dan artis sebelum penggambaran.

Selain itu, produksi perlu melantik seorang penyelia keselamatan semasa penggambaran dijalankan.

Perkhidmatan bufet untuk artis dan kru tidak dibenarkan selain jurusolek dan penata rias perlu mengikut prosedur yang betul dengan memakai face shield dan mencuci tangan sebelum dan selepas menyolek atau menata rias artis.

Namun begitu, program rakaman atau penggambaran secara langsung yang melibatkan penonton yang ramai masih tidak dibenarkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain