suria

Isu artis terlibat dadah tak perlu diperbesar, wajar diberi peluang kedua - Pekin Ibrahim

Pekin kongsi pendapat mengenai isu selebriti terlibat dengan salahguna barang terlarang.

KES artis yang terlibat dengan dadah bukan perkara baharu dalam industri hiburan, oleh itu pelakon Pekin berpendapat isu seperti itu tidak sepatutnya diperbesarkan.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim berkata, jalan terbaik adalah memberi peluang kedua kepada artis terbabit untuk memperbaiki diri mereka dan menyesali perbuatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Niezam Zaidi ‘update’ IG beberapa jam selepas bebas dengan ikat jamin kes dadah - “Saya minta maaf jika ada salah dan silap”

ARTIKEL BERKAITAN: Pekin anggap Mamat Khalid macam bapa, selalu kena tegur - “Dia percaya bakat saya ketika pengarah lain ragu-ragu”

"Saya berpendapat isu dadah dalam kalangan industri kreatif tidak perlu diperbesarkan kerana ia bukan perkara baru lagi.

Ramai penagih dadah di luar sana, mungkin kerana artis jadi lebih mendapat perhatian.

PEKIN IBRAHIM

PELAKON

"Lebih baik fokus menjaga diri kita daripada mencari salah orang lain dan beri peluang kedua kepada mereka yang terbabit dan tidak memperbesarkan isu ini.

"Apatah lagi, ramai penagih dadah di luar sana, mungkin kerana artis jadi lebih mendapat perhatian," kata Pekin kepada mStar.

Pekin 1

Pekin bekerjasama dengan Adibah Noor dalam drama siri terbaharu Keluarga Untuk Disewa.

Suami kepada Mona Allen itu berkongsi pandangannya berhubungan isu tersebut ketika sesi temu bual untuk drama terbaharu berjudul Keluarga Untuk Disewa pada Selasa.

Sebelum ini, pelakon Niezam Zaidi, pengarah dan kru produksi mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak.

Dalam pada itu, pelakon itu menegaskan perkongsiannya tersebut hanyalah pendapat peribadinya semata-mata.

"Rasa-rasanya semua orang lebih maklum dengan apa yang cuba saya katakan ini. Namun, ia sekadar pendapat peribadi saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain