suria

Pekin anggap Mamat Khalid macam bapa, selalu kena tegur - “Dia percaya bakat saya ketika pengarah lain ragu-ragu”

Pekin anggap Allahyarham Mamat Khalid seperti bapa sendiri.

PEMERGIAN Allahyarham Mamat Khalid ternyata cukup meninggalkan kesan kepada pelakon Pekin Ibrahim yang menganggap arwah bukan sahaja pengarah yang hebat tetapi juga sebagai seorang bapa.

Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim, 41, berkata, dia sering teringat pesanan dan nasihat arwah agar sentiasa merendah diri dan mencari ilmu.

"Saya masih ingat pesanan dia yang masih mekar di ingatan. Dia bukan hanya pengarah, dia macam bapa selalu tegur saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Khalid meninggal dunia, rebah di restoran miliknya

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga mohon tidak sebar foto jenazah arwah Mamat Khalid

"Terutamanya dalam filem dia selalu pesan kena pandai cari orang yang boleh mengajar kita jadi bagus, kena sentiasa merendah diri sebab kita bukan sentiasa berada di atas," katanya kepada mStar.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.

PEKIN DALAM

Foto kenangan Pekin bersama Allahyarham Mamat Khalid.

Berkongsi pengalamannya sepanjang mengenali arwah, kata Pekin, Mamat adalah pengarah terawal yang percaya kepada bakatnya sebagai pelakon.

"Setiap apa yang saya nak buat, saya akan tanya dia sebagai rujukan dan minta pendapat.

"Apabila saya nak buat drama dan kalau dia kata okey baru saya buat. Dia macam guru saya.

Setiap apa yang saya nak buat, saya akan tanya dia sebagai rujukan dan minta pendapat

PEKIN IBRAHIM

PELAKON

"Dia antara orang terawal yang bawa saya terjun ke filem dan percaya bakat saya sebagai pelakon filem. Sedangkan ramai pengarah lain yang ragu-ragu dengan saya, dia sering bagi peluang daripada watak kecil sampai watak utama,” ujarnya.

Allahyarham Mamat Khalid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh, Ipoh kira-kira pukul 2.20 petang Ahad.

Selain Pekin antara artis turut yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir termasuklah Datuk Awie, Datuk M Nasir, Bell Ngasri, Khir Rahman, Zul Ariffin, Zahiril Adzim dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain